Taman Muhibbah terletak di kawasan perindustrian Benus yang sangat besar. Terdapat taman-taman perumahan kecil di sekitar termasuk Taman Muhibbah yang terletaknya Pusat Ekonomi Digital Taman Muhibbah. Selain itu terdapat taman lain seperti Taman Harmoni, Taman Bukit Piatu, Taman Melati, Taman Seroja, Chegar Medang dan Taman Anggerik. Penduduk taman-taman ini yang kerap berkunjung ke PI1M Taman Muhibbah kerana faktor kedudukan PEDI yang strategik. Selain taman, terdapat dua buah sekolah berhampiran PEDI, iaitu Sek Keb Bukit Piatu dan Sek Men Keb Bentong. Selain itu, terdapat lima buah sekolah tadika termasuk PASTI, Tadika terbahagi kepada tiga iaitu dua tadika Perpaduan, dua tadika KEMAS dan satu tadika PASTI. Bagi Tadika Perpaduan, terdiri daripada Tadika Perpaduan Bukit Piatu 2 dan Tadika Perpaduan Taman Muhibbah manakala bagi Tadika Kemas pula terdiri dari Tadika Kemas Bukit Piatu dan Tadika Kemas Taman Melati. Selaiin itu terdapat empat buah kedai runcit dan empat buah kedai makan.