Sejarah Baru
Pada waktu dahulu, hanya terdapat satu pasaraya, iaitu Pasaraya Lido. Namun seiring peredaran zaman, nama pasarya tersebut telah ditukar kepada TF Value Mart. Selain itu terdapat juga pasaraya baru, iaitu pasaraya The Store. Kini, terdapat tiga pasaraya besar di Bentong, iaitu TF ValuE Mart 1, TF Value Mart 2 dan The Store. Kesemua pasaraya terletak di lokasi strategik dan berjauhan antara satu sama lain. TF Value Mart 1 terletak sebelum masuk ke bandar Bentong dari arah Raub manakala The Store terletak sebelum masuk ke bandar Bentong dari arah Kuala Lumpur. Manakala TF Value Mart 2 terletak di tengah-tengah bandar. Semua lokasi ini sangat memudahkan penduduk. Tempat letak kereta juga banyak disediakan oleh setiap pasaraya tersebut. Ketiga-tiga pasaraya ini juga menawarkan harga yang sangat rendah untuk setiap barangan mereka.