Kamus Dewan telah mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tanggal 7 Mei 1974. Bermula tahun 2019 kerana kemangkatan Sultan Ahmad Shah,Tarikh Hari Hol yang baru adalah pada 22 Mei.