Yang di-Pertuan Agong atau lebih penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia yang mengamalkan pemerintahan beraja dilantik yang menonjol daripada beberapa bentuk monarki lain di dunia: konsep raja yang dipilih dipercayai berakar daripad kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7, di mana pada masa itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya.

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat Baginda seseorang itu telah mendpdan tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.