Halia Bentong merupakan halia terbaik yang terdapat di Malaysia, dan mungkin juga luar negara. Nama saintifiknya adalah Zingiber Officinale. Tanaman halia di daerah Bentong telah mula diusahakan sejak 1963. Petani berbangsa Cina adalah golongan terawal memulakan penanaman ini di sekitar Kg Bukit Tinggi. Iklim mikronya sesuai untuk pertumbuhan halia. Terletak kira-kira 700 meter dari aras laut. Purata taburan hujan sekitar 187mm sebulan atau 2200mm setahun. Suhu antara24 darjah Celcius hingga 28 darjah Celcius. Ramai pelancong dari seluruh Negara dan luar Negara dating melawat lading halia di Kg Janda Baik dan Kg Bukit Tinggi. Halia Bentong berbeza dengan halia lain kerana ia lebih pedas, mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi, kandungan air yang tinggi, warna isi yang kuning dan berkhasiat berbanding halia yang di usahakan di tempat lain. Antara khasiat halia adalah membantu menghadamkan makanan, menghilang bau busuk mulut, membuang angina yang terdapat di dalam usus, dan pelbagai lag yang ternyata menyihatkan tubuh badan dan menjamin tahap kesihatan yang lebih baik. Pengeluaran halia Bentong perlu dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak akan berusaha menggandakan jumlah pengeluaran halia Bentong yang kini merekodkan pengeluaran kira-kira 7,000 tan metrik setahun.