Bandar Bentong amat dikenali pada musim DURIAN..Durian yang paling digilai dan dicari-cari oleh pemilan durian ialah Durian jenis Musang King.

 

 

Durian ini boleh didapati di sepanjang Highway Bentong dan sekitar Bandar Bentong serta jalan menghala ke Raub. Terdapat banyak gerai-gerai di sepanjang jalan dan anda boleh memilih gerai yang mana anda mahu. Harga pasarannya pula dalam RM 15 ke RM 30 sekilo mengikut gred-gred durian Musang King yang terbaik.

Bagi mereka yang suka makan durian dengan suasana dusun, penggemar durian boleh mendapatkannya terus dari dusun atau ladang yang berdekatan bandar Bentong, seperti Felda Bilut, Mempaga, atau jalan ke Simpang Pelangai. 

Biji durian Musang King ini memang kecil dan kecut dan mempunyai isi yang tebal tidak sama dengan jenis durian yang lain. Ulas nya pula bewarna kuning keemasan. Bila makan seulas..memang rasa nak lagi dan lagi..mana cukup sebiji..hehehe..memang terasa kesedapannya, sehingga mejilat jari.