Bentong bakal dijadikan destinasi pelancongan pilihan utama dalam kalangan pelancong China kerana tarikan budaya masyarakat Cina di kawasan itu yang masih terpelihara selain terkenal dengan durian ‘Musang King’. Bentong mempunyai banyak sumber pelancongan semulajadi yang menarik. Ia akan menjadi mercu tanda popular di bawah inisiatif ‘One Belt One Road’ China yang mana pelancong China beramai-ramai datang ke sini kerana ingin menikmati durian, makanan tempatan dan inap desa. Dengan mengeksport durian dan produk lain ke China, rakyat tempatan akan turut mendapat  manfaat. Festival Durian Antarabangsa akan menjadi acara tahunan baharu dalam kalendar pelancongan Bentong ekoran sambutan luar biasa pada penganjuran kali pertamanya. Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata durian khususnya Musang King mempunyai peminat tersendiri, termasuk pelancong asing sehingga mereka sanggup berhabis untuk menikmatinya pada musim luruh. Malah pelancong China juga sanggup datang ke Bentong untuk menikmati Musang King.