Janda Baik sememangnya terkenal dengan kawasan persekitaran yang sangat nyaman dan tenang kerana lokasinya yang terletak berhampiran kaki bukit. Bagi mereka yang inginkan percutian dalam suasana yang tenang dan mendamaikan, di sini merupakan lokasi terbaik untuk anda kunjungi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah di tepi sungai, mandi-manda, berbasikal di sekeliling kampung, menaiki ATV (All Terrain Vehicle), team building dan berkhemah. Berada disini akan membuat pengunjung berasa seperti menghabiskan masa di kampung sendiri.