Sebuah pusat perkelahan dibuka di jalan lama Bentong. Ia bermula apabila seorang pesara berminat dengan alam semulajadi. Beliau rajin untuk membina pondok dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti bangku, pondok, tandas, dan pangkin untuk sesiapa yang sudi singgah. Tempat tersebut dihias indah dan dijaga dengan baik dan ternyata sangat bersih. Sungai dan kehijauan tumbuhan sangat memikat hati sesiapa sahaja untuk berhenti, berehat dan mandi-manda di situ. Pengunjung boleh membawa makanan, dan juga boleh memasak kerana disediakan segala kelengkapan. Ramai yang mula mengadakan hari keluarga untuk syarikat dan untuk keluarga di situ. Keranan kos yang lebih rendah, dan tidak perlu memandu jauh.