Hutan Lipur Lentang sesuai dikunjungi bagi mereka yang ingin bersantai bersama keluarga Lokasinya mudah diakses kerana terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Karak. Suasana di sekitar kawasan Hutan Lipur Lentang ini sungguh segar dan mendamaikan dengan bunyi unggas yang deruan airnya. Di bahagian bawah air terjunnya, ianya landai dan airnya tidak deras menjadikan ianya sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan juga untuk keluarga berkelah di tepian tebing sungai tersebut. Di sini juga terdapat kawasan khusus untuk berkhemah Jdan juga terdapat kemudahan tandas dan bilik air. Kawasan untuk melakukan aktiviti berkumpulan juga diwujudkan di sini iaitu tempat berhimpun dan melakukan aktiviti sukaneka. Manakala di bahagian atas kawasan air terjun ini, boleh dilalui menggunakan kereta, terdapat air terjun yang agak deras dan agak tinggi.