Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri TerengganuMalaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendanggongbiola dan akordian 

Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.

"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".

Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Kostum penari Ulek Mayang mempunyai dua jenis pakaian, enam dari tujuh penari wanita biasanya akan mengenakan pakaian tradisional seperti songket lengan panjang (baju daripada bahan sutera), selendang (selendang panjang) yang dipakai di pinggang, sanggul (alat perhiasan di rambut), subang (perhiasan di telinga) dan kain songket panjang di bahagian bawah badan serta beberapa aksesori lain. Watak utama penari yang bermain sebagai Tuan Puteri atau Puteri Tujuh akan menggunakan pakaian dan aksesori yang sama seperti enam penari yang lainnya tetapi yang berbeza adalah dia akan memakai baju songket berlengan pendek dan warna bajunya juga adalah berbeza. Biasanya dia akan memakai baju berwarna kuning. Ini untuk menggambarkan bahawa dia adalah puteri utama penari. Sementara para penari lelaki mereka akan memakai baju tradisional lelaki Melayu seperti Baju Melayu (baju traditional lelaki Melayu).

Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini. Lagu ini dinyanyikan dalam Bahasa Terengganu dengan Bahasa Melayu