Citrawarna adalah program promosi pelancongan yang memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia. Citrawarna dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pihak lain. Program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun pada bulan Mei setiap tahun, sebelum cuti pertengahan tahun. Hotel-hotel dan restoran akan mengadakan majlis tersendiri seperti masakan tempatan dengan citarasa mengikut negeri.

Program ini menyamai perarakan Rosa Pasadena, Amerika Syarikat dan banyak tempat lain di dunia. Setiap tahun ada tema yang tersendiri. Sejak 1999, program pelancongan bertema kebudayaan ini diadakkan bagi membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan warna-warni.

Sebelum ini Citrawarna dinamakan sebagai 'Pesta Malaysia'. KKKPM telah mnganjurkan Pesta Malaysia sejak 1987, Pesta Makanan dan Buah-buahan (1988), Tahun Melawat Malaysia Pertama (1990), Pesta Malaysia (iaitu semasa Tahun Melawat Malaysia Kedua pada 1994), Citrawarna Malaysia bersama “Malaysia Truly Asia” (1999), Kempen Pelancongan domestik (Cuti-Cuti Malaysia) 1999, Pesta Air Nasional (2000) dan Rumah Terbuka Malaysia (2001).

Dianggarkan penganjuran Citrawarna Malaysia, Pesta Air dan Rumah Terbuka Malaysia menelan belanja antara RM1 juta hingga RM3 juta. Misalnya, Utusan Malaysia (3 Oktober 1999) melaporkan sebanyak RM3 juta wang awam dibelanjakan untuk menganjurkan Citrawarna Malaysia pada tahun 1999. Sesetengah pesta itu menelan belanja lebih besar daripada angka tersebut.

Pesta kebudayaan yang pertama di peringkat nasional boleh ditandai oleh penganjuran Pesta Seni Kebudayaan pada tahun 1956 di Kuala Lumpur.Hampir 200,000 penonton hadir. Pesta ini diusahakan Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Acara yang dipersembahkan ketika itu ialah Tarian ZapinRonggeng ,Tarian AsyikMakyong dan Tarian Mak Inang