Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara rantau Asia Tenggara terutamanya di negara-negara Indonesia (Sumatera, Kalimantan, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Gorontalo), Jawa (Jakarta), Malaysia,Thailand/Semenanjung Melayu - (Selatan Thailand , Semenanjung Malaysia - khususnya di Johor,Singapura serta (Borneo - Sarawak dan Brunei) . Tarian ini sering dilakukan dengan iringan muzik digubah khas.
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman melalui para pedagang asal sana. Ia mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin Arab dan zapin khas Melayu.
Kata "zapin" ini menyerap dari bahasa Arab iaitu afn, bentuk ism kata kerja zafana yang bermaksud "menari"
Tarian ini dipercayai diperkenalkan oleh orang-orang Parsi dan Arab dari Hadramaut, Yaman serta Timur Tengah yang berdagang ke Nusantara terutamanya negeri-negeri Sumatera] serta tanah Johor mengganti peranan Melaka yang tertakluk sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16. yang mana asimilasi dengan budaya Melayu diterapkan dalam persembahan penduduk setempat.
Pada awalnya seni tari dan musik Zapin dijadikan sebagai hiburan bagi murid-murid setelah mengaji agama di lingkungan kerajaan. Namun setelah bernikahnya Tengku Embung Badariah puteri Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah dari Siak Sri Inderapura dengan Syarif Utsman bin Syarif Abdul Rahman Syahabuddin, keberadaan Tari Zapin semakin berkembang dalam lingkungan Istana) dan menerapkan unsur-unsur budaya setempat; gaya tarian ini sengaja dilakukan pembinaan dan dipelihara sebagai suatu bentuk kesenian yang memiliki kaedah-kaedah yang luhur dan santun. Tarian ini turut diikuti Kesultanan Johor-Riau yang berjiranan; penghijrahan besar-besaran orang Yaman ke Johor pada abad ke-19 turut menguatkan pengaruh budaya Arab mengukuhkan seni tari zapin dalam negeri tersebut.
Seni ini masih bertahan hidup di bekas pusat-pusat pemerintahan kerajaan Melayu seperti di Siak, Pulau Penyengat, Tambelan, pulau-pulau dalam Laut Cina Selatan, Riau, Johor dan Singapura moden; malah sejauh wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.
arian zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.
Pergerakan yang ada dalam tarian ini adakala menerapkan peniruan daripada alam sekeliling (anak ayam, anak ikan, lompat tiung) mahupun daripada langkah beribadah (alif mim ba, gerak sembah atau gerak salam) kerana diilhamkan amalan sufi.
Pada awalnya, tarian ini khusus dimainkan oleh kaum lelaki sahaja kerana ada tujuan kegamaan, namun lama kelamaan menjadi bentuk hiburan tradisional membolehkan kaum wanita turut serta di mana dua-dua kaum menari dalam kelompok berasingan.
Penari wanita memakai baju kurung ,kebaya kurung dan selendang. Sanggul dan bunga-bungaan pula sering dipakaikan di kepala sebagai perhiasan. Penari lelaki pula berbaju Melayu sama ada dengan gaya cekak musang atau gaya teluk belanga (yang khusus di Johor) dan songkok di kepala
Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.
Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.