Tarian Inang memberi pengertian sebagai pengasuh tetapi tarian Inang juga disebut Tarian Mak Inang yang dicipta pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman dulu, tarian Inang ini ditarikan oleh perempuan sahaja tetapi apabila telah mengikut keperluan dan peredaran zaman, persembahan tarian Inang telah ditarikan berpasangan lelaki dan perempuan. Jumlah pasangan yang selalu dipersembahkan selalunya antara 4 hingga 6 pasangan, namun ianya juga boleh disesuaikan mengikut keluasan pentas. Jika dahulu tarian ini ditarikan di istana, namun sekarang ianya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Alat muzik yang digunakan untuk tarian Inang ialah Gong, Akordian , Violin, Gendang dan Rebana. Tempo lagu tarian Inang bercorak sederhana dan tidak perlahan seperti tarian Asli tetapi turut diselangi dengan paluan Gong. Namun terdapat juga tempo lagu Inang yang pantas kerana pengaruh cina lalu terciptalah tarian Inang Cina. Contoh lagu inang ialah Selendang Mak Inang, Inang Pulau Kampai dan Inang kampong. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana. Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada rebana, gendang dan biola.Kini tarian mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja.Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan. Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping.


Busana tarian Inang bagi perempuan boleh dibahagikan kepada dua jenis pakaian iaitu :

•Baju kurung, kain dan selendang. Selendang di pakai dan dilekatkan di bahu dengan kemas
•Baju kebaya labuh, kain dan selendang

Panjang lengan baju adalah kira-kira dua jari dari pergelangan tangan sehingga gelang yang dipakai oleh penari perempuan dapat dilihat. Lebar lengan baju kira-kira tiga jari dari permukaan lengan. Labuh baju adalah sehingga ke betis tetapi tidak singkat. Untuk melengkapkan lagi, kepala penari perempuan dihiasi dengan siput ramut dan cucuk sanggul. Bunga juga turut diselitkan. Busana tarian Inang bagi lelaki adalah Baju Melayu Cekak Musang digunakan bersama songkok dan samping. Namun pada zaman sekarang, dikreatifkan pemakaian songkok ditukar kepada tanjak.