Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong dengan kerjasama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Pekan telah mengadakan program kesukarelawan ILKBS bertempat di Pusat Komuniti , Batu 1 Jalan Tras, Bentong. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar ILKBS Pekan, Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong serta NGO dan badan Sukarelawan Bentong telah menyertai program kesukarelawan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat pusat komuniti, kerja-kerja wiring serta baik pulih pusat komuniti. Program tersebut bermula seawal 8.00 pagi. Tujuan program kesukarelawan ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kesukarelawan di kalangan belia khususnya dan menggunakan kemahiran sedia ada bagi pelajar ILKBN bagi membantu membaik pulih kemudahan untuk komuniti setempat. Antara VIP yang turut hadir ialah wakil Ahli Parlimen Bentong , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong serta tenaga Pengajar ILKBN Pekan. Program tersebut tamat pada jam 2.00 petang.