TikTok ialah perkhidmatan rangkaian media sosial milik ByteDance mengkhusus kepada perkongsian video pendek mencakupi tarian, nyanyian segerak bibir, komedi, dan bakat dalam durasi sesingkat 3 saat sehingga ke 10 minit. Aplikasi ini mempunyai versi khusus yang digunakan di Republik Rakyat China bernama Douyin dengan pelayan berasingan di negara tersebut untuk mematuhi sekatan penapisan China.[8] Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China.
Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia. TikTok ialah aplikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini. Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Pada Februari 2019, TikTok dan Douyin bersama meraih satu bilion muat turun secara global tidak termasuk pemasangan Android di China. Pada tahun 2019, TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun pada dekad 2010-an, iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.