Sahur ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadan. Ia di lakukan sebelum masukkan waktu Solat Subuh, lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh). Sahur itu adalah sunnah muakkat iaitu perbuatan yang tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan untuk dilaksanakan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur Muslim dan sahur Yahudi. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan dan minuman yang halal.  Muslim digalakkan bersahur dengan kurma (tamar). Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam.  Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.