Setiap NADi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

  • latihan ICT,
  • Latihan keusahawanan,
  • Latihan multimedia,
  • e-pembelajaran,

Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan

Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.

Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON
dan Shopee. Senarai ini akan dita mbah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.