Nama : Izarida binti Kulop Mat Isa

Umur : 31 tahun

Ahli : 2016

Latar Belakang

Izarida berhenti kerja selepas mempunyai 2 orang anak, jadi beliau memulakan perniagaan dari rumah. Menjual kek dan pelbagai produk keluaran Mamasab. Beliau menjadi ejen dan mengedarkan produk tersebut sekitar Bentong. Selain itu, beliau turut menjadi ejen bagi produk kosmetik jenama Nurraysa. Mula menjual kepada keluarga kenalan terdekat secara offline,iaitu mulut ke mulut. Selepas menyertai kelas E-Usahawan di Pusat Internet Taman Muhibbah, beliau mula mempromosi perniagaan di platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan status Whatsapp.

Sebelum Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan rendah

Selepas Penggunaan Ict/Penglibatan Pi

Keuntungan makin meningkat dan perniagaan makin dikenali.

Durawan Petshop di miliki oleh Mohd Shazwan dan Tengku Shafini Nadura. Kedua-duanye merupakan penjawat awam dalam bidang perubatan. Memulakan perniagaan di usia muda dan seawal perkahwinan. Kedua-duanya sangat meminati dan mencintai haiwan bernama kucing. Selepas beberapa tahun beroperasi, mereka mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan hanya memfokus kepada perniagaan tersebut. Kedai ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, ternyata sangat menguntungkan. Terdapat pelbagai jenis kucing, makanan, keperluan dan perkhidmatan berkaitan kucing di kedai mereka.

Nurazura binti Azman mula berniaga tudung berjenama Kekaboo secara online sekitar setahun lalu. Pada awalnya beliau mempromosikan produk tersebut kepada rakan sepejabat sahaja. Lama-kelamaan, Azura mula sedar kelebihan berniaga secara maya. Pernigaannya makin berkembang selepas mencipta laman Facebook untuk mempromosikan tudung yang di jual. Urusan lebih mudah dan cepat kerana tudung yang di jual adalah tudung jenama terkenal dan menjadi kegilaan wanita pada masa kini. Ternyata jualan dan keuntungan beliau semakin meningkat selepas mempromosikannya di internet. Azura bercadang untuk menambah produk jualan lain seperti produk kecantikan selepas modal beliu mencukupi.

Herningsih binti Zainal Abidin merupakan warga Indonesia suatu ketika dahulu. Namun setelah lama menetap di Malaysia dan berkahwin dengan orang temnpatan, beliau telah memperoleh kerakyatan di sini. Beliau memulakan perniagaan menjual tudung sebagai dropshipper, iaitu hanya mengambil pesanan pelanggan, urusan pos di lakukan oleh pihak supplier. Keuntungan pada masa iti hanyalah lebih kurang RM100.00 seminggu. Setelah mempunyai ramai kenalan, beliau pula yang menjadi supplier kepada orang lain. Beliau membekalkan pakaian bundle dari luar negara. Jualan tudung n produk kecantikan masih di teruskan, tetapi dalam kuantiti yang besar. Selain itu, beliau turut menjual barang kemas dan pelbagai produk harian yang lain. Ternyata dengan kuasa Facebook, Wechat dan Pages sangat membantu dalam perjalanan beliau menuju kejayaan dalam perniagaan.

Untuk memudahkan komuniti berhubung dengan kami, disertakan :

 

Facebook   : PEDI Taman Muhibbah (http://facebook.com.taman.muhibbah)

Portal        : muhibbah.pi1m.my

Pages        : PI Taman Muhibbah, Bentong & Menarik Di Bentong

Emel         : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latitud       : 3.501157

Longitud    : 101.925272