Jika menurut tempoh lama memerintah, Al-Marhum Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama.

Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut. Yang di-Pertuan Agong yang baharu mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu

Giliran Negeri

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada PerakNegeri SembilanSelangor dan Pahang manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah PerlisKedahKelantanTerengganu dan Johor. Sementara itu, Pulau PinangMelakaSarawak dan Sabah yang tidak beraja adalah tidak berpeluang walaupun boleh diwakili dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja tahunan.

Penggiliran asal adalah seperti berikut, yang mengikut kekananan tempoh pemerintahan Raja-Raja Negeri ketika dipilih, tetapi atas urusan-urusan tertentu di dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu seperti penolakan dan sebagainya, sistem penggiliran berlaku rombakan dan diputuskan ke dalam sistem penggiliran pertama yang sembilan.