Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains. Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal. Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa. Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dengan hasrat untuk:

  1. Memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
  2. Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam.
  3. Membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam.

Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:

  1. Imej dan Anjakan Minda.
  2. Info dan Infrastruktur.
  3. Pengurusan dan Pentadbiran.
  4. Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:

  1. Penggal 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Penggal 1 (P1)
  1. Penggal 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Penggal 2 (P2)
  1. Penggal 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Pelantikan Tan Sri Annuar Musa menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan dapat membantu menyampaikan dasar dan inspirasi kerajaan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ketereh Saipuddin Mohamad berkata sebelum ini juga Annuar memiliki rekod prestasi yang baik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan terbukti berjaya melakukan perubahan yang amat besar terhadap kementerian tersebut.

"KKMM adalah satu kementerian yang berperanan besar dalam menentukan 'rasa nyaman dan gembira rakyat' demi kestabilan negara.

"Keputusan menempatkan individu yang cerdik pintar terdidik, berpengetahuan cukup luas dalam pentadbiran kerajaan serta amat petah dalam menyampaikan dasar dan inspirasi kerajaan adalah satu keputusan tepat pada masanya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saipuddin turut melahirkan keyakinan, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mampu memimpin KKMM seterusnya membawa kementerian itu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, seperti permintaan Perdana Menteri.

"Beliau merupakan aset penting Kabinet 'Keluarga Malaysia' yang boleh dimanfaatkan untuk menstabilkan kembali dan meningkat semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuanpertimbangankemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.Pendidikan sering berlaku di bawah bimbingan pendidik, tetapi pelajar juga dapat mendidik diri mereka sendiri. Pendidikan boleh berlaku dalam situasi formal atau tidak formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan formatif terhadap cara seseorang berfikir, merasakan, atau bertindak dapat dianggap sebagai pendidikan. Metodologi pengajaran dipanggil pedagogi.Pendidikan berawal sejak dalam kandungan sehingga mati. Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan.Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran.Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan saya. "Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi.Kini, komputer banyak memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas talian (pendidikan jarak jauh).