Sehingga 12 Ogos 2017,jumlah ahli adalah seramai 1,708 orang. Pertambahan ahli seramai 5 orang sewaktu program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti dijalankan. Ahli terbaru terdiri dari kalangan penjawat awam dan golongan dewasa.

Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

 Pertandingan Video Pendek 2018

Taman Muhibbah terletak di kawasan perindustrian Benus yang sangat besar. Terdapat taman-taman perumahan kecil di sekitar termasuk Taman Muhibbah yang terletaknya Pusat Ekonomi Digital Taman Muhibbah. Selain itu terdapat taman lain seperti Taman Harmoni, Taman Bukit Piatu, Taman Melati, Taman Seroja, Chegar Medang dan Taman Anggerik. Penduduk taman-taman ini yang kerap berkunjung ke PI1M Taman Muhibbah kerana faktor kedudukan PEDI yang strategik. Selain taman, terdapat dua buah sekolah berhampiran PEDI, iaitu Sek Keb Bukit Piatu dan Sek Men Keb Bentong. Selain itu, terdapat lima buah sekolah tadika termasuk PASTI, Tadika terbahagi kepada tiga iaitu dua tadika Perpaduan, dua tadika KEMAS dan satu tadika PASTI. Bagi Tadika Perpaduan, terdiri daripada Tadika Perpaduan Bukit Piatu 2 dan Tadika Perpaduan Taman Muhibbah manakala bagi Tadika Kemas pula terdiri dari Tadika Kemas Bukit Piatu dan Tadika Kemas Taman Melati. Selaiin itu terdapat empat buah kedai runcit dan empat buah kedai makan.