Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem dan pertanian kawasan yang terbabit.

Musim kemarau atau musim kering ialah musim tempoh tahunan hujan yang rendah di kawasan tropika yang dipengaruhi oleh sistem monsun. Cuaca di kawasan tropika dikuasai oleh jalur hujan tropika, yang bergerak dari kawasan tropika utara ke selatan dan balik sepanjang tahun. Jalur hujan tropika terletak di hemisfera selatan kira-kira dari Oktober hingga Mac; pada masa itu kawasan tropika utara mempunyai musim kering dengan jarang hujan, dan hari-hari biasanya cerah keseluruhannya. Dari April hingga September, jalur hujan terletak di hemisfera utara, dan kawasan tropika selatan mempunyai musim kering mereka. Di bawah pengelasan iklim Köppen, untuk iklim tropika, bulan musim kering ditakrifkan sebagai bulan apabila purata hujan adalah di bawah 60 milimeter (2.4 in).[1]

Penyesuaian Hidup

Musim kering mempunyai kelembapan yang rendah, dan beberapa lubang air dan sungai-sungai menjadi kering. Kekurangan air (dan seterusnya makanan) boleh memaksa banyak haiwan ragut untuk berhijrah ke tempat yang lebih subur. Contoh haiwan tersebut adalah kuda belanggajah,[2] dan gnu. Disebabkan kekurangan air dalam tumbuh-tumbuhan, kebakaran belukar adalah biasa.[3]

Data menunjukkan bahawa di Afrika permulaan musim kemarau bertepatan dengan peningkatan dalam kes-kes campak—yang penyelidik percaya mungkin dikaitkan dengan kepadatan orang yang lebih tinggi pada musim kemarau, apabila operasi pertanian memerlukan pengairan. Pada masa ini, peladang berpindah ke bandar-bandar, mewujudkan hab kepadatan penduduk yang lebih tinggi, dan membolehkan penyakit untuk merebak dengan lebih mudah.[4]

Corak

Jalur hujan boleh mencecah hingga sejauh garisan Sartan di utara dan sejauh garisan Jadi di selatan. Berhampiran latitud ini, terdapat satu musim hujan dan satu musim kering setiap tahun. Di khatulistiwa terdapat dua musim hujan dan dua kering, apabila jalur sebagai tali pinggang hujan melewati khatulistiwa dua kali setahun, sekali bergerak ke utara dan sekali bergerak ke selatan. Antara kawasan tropika dan khatulistiwa, lokasi mungkin mengalami musim hujan yang pendek dan panjang. Walau bagaimanapun, geografi tempatan mungkin akan mengubah suai corak iklim tersebut.

Bendera Malaysia atau nama rasminya Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Bahagian segi empat (atau kanton) yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia; kanton tersebut mengandungi anak bulan yang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan (seperti yang telah tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia). Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-raja Melayu.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia

Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar,  kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang
diperlukan oleh komuniti setempat. PEDi juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.

37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022. Sementara sebanyak 173 PEDi akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 PEDi. PEDi ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara

Hari Kebangsaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini pada tahun 1998 terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka. Pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pendidikan MARA, Bangi (penempatan sementara) kerana pada ketika itu Kolej Matrikulasi KPM belum siap dibina. Pada tahun 1999, dua kolej pertama KPM iaitu, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah membuat pengambilan pertamanya dalam Jurusan Sains dan Perakaunan. Tempoh pengajian selama 1 tahun 6 bulan dalam 3 semester. Ini diikuti dengan pengoperasian 3 buah kolej matrikulasi baru iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) pada tahun 2000.

Pada peringkat awal pengambilalihan sehingga tahun 2002, sejumlah 21 buah IPTS telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Matrikulasi KPM. Pemilihan kolej-kolej ini dibuat melalui satu jawatankuasa khas (Jawatankuasa Validasi) yang merupakan gabungan tenaga pegawai daripada Jabatan Pendidikan Swasta dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh BMKPM. Bilangan pelajar yang ditempatkan di IPTS pada setiap sesi berbeza, bergantung kepada bilangan tempat yang boleh disediakan oleh kolej matrikulasi KPM.

Untuk memastikan program matrikulasi berada pada landasan yang betul, peringkat awal pengurusan dan pengendalian program telah berpandukan kepada program yang sedia ada di IPTA dengan membuat sedikit pengubahsuaian mengikut keperluan KPM. Kepakaran IPTA masih digunakan dalam urusan penggubalan, penaksiran, pemeriksaan dan juga pembangunan kurikulum serta dalam hal-hal lain yang berkaitan. Malahan kursus-kursus peningkatan profesionalisme pensyarah juga masih menggunakan tenaga pakar dari IPTA.

Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002. Ini diikuti dengan pertambahan beberapa buah kolej baru yang beroperasi mulai tahun 2002, 2003 dan 2010 iaitu Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini. Pada tahun 2008 pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera. Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal pada tahun 2009. Ini bertepatan dengan matlamat Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengadakan lebih banyak pilihan kepada pelajar dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar lepasan SPM.Tiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).

Pada tahun 2013, dua (2) buah lagi kolej baru telah dibuka iaitu Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dan Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw). Peningkatan jumlah permohonan dan pertambahan jumlah kolej matrikulasi KPM telah menyebabkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM mampu ditempatkan bagi mengikuti program ini. Sehingga tahun 2013, seramai 30,000 tempat disediakan bagi pelajar PST dan PDT. 15 buah kolej matrikulasi KPM yang beroperasi sepenuh masa pada tahun 2013 dan mengendalikan Program Matrikulasi.

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.