Banyak perdebatan berlaku apabila bercakap tentang definisi keusahawanan kerana tiada satu pun definisi yang standard dan universal tentang keusahawanan. Perkataan usahawan popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970 an. Usahawan merupakan individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula orang yang berniaga. Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan.
Keusahawanan juga adalah diantara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. Sikap kemahiran keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan Keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
Mengenalpasti peluang perniagaan
Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad. Selepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, kementerian ini menjadi antara yang dihapuskan. Peranannya dibahagi-bahagikan dan diserap oleh kementerian lain.
Peranan
Peranan MECD bersama jabatan dan agensinya adalah penting untuk memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus utama kegiatan ekonomi negara dan seterusnya membantu mencapai sasaran pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera pada tahun 2020. MECD dan agensi-agensi di bawahnya berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program pembangunan usahawan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti di bawah
- Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan usahawan;
- Melaksana, menyelaras dan memantau program-program pembangunan keusahawanan di peringkat Persekutuan dan Negeri;
- Mengenalpasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan;
- Memudahcara, membimbing serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan;
- Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan agensi-agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta pihak swasta meliputi bidang R&D, kualiti, piawaian, pengurusan, pemindahan teknologi dan pemasaran untuk membangunkan usahawan;
- Membantu pembangunan usahawan dalaman (intrapreneurship) oleh agensi-agensi di bawah MECD;
- Mengkaji semula peranan dan keberkesanan gerakan koperasi sebagai salah satu strategi pembangunan usahawan serta penjana pembangunan ekonomi negara; dan
- Merangka cadangan penubuhan SKM bagi memastikan kedudukan kewangan dan sistem operasi koperasi adalah kukuh dan selamat, memastiakan kestabilan sektor koperasi serta menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang terancang, telus dan mapan.
Peniaga dalam talian semakin hari semakin bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini kerana faktor kekangan kos hidup dan juga kerana kos penggunaan internet yang murah. Sesiapa sahaja mampu melanggan internet untuk memasar dan mempromosikan barangan yang di jual. Selain itu, golongan ini makin bertambah kerana makin ramai yang telah mempunyai kerja tapi mahu menjana pendapatan lebih dan mengisi masa senggang. Disamping itu juga, adalah kerana faktor permintaan tinggi produk-produk yang berada di pasaran. Harga barangan yang dijual dalam talian juga jauh lebih murah dari harga pasaran.
Program Empower ECER merupakan Program Modal Insan yang merangkumi Program Akademik bagi meningkatkan prestasi pelajar yang kurang cemerlang, dan Program Latihan dan Keusahawanan untuk orang dewasa bagi meningkatkan pendapatan mereka. Program inklusif ini memberi fokus kepada penduduk luar bandar termasuk ibu tunggal, orang kelainan upaya, belia dan dewasa yang berpendapatan rendah (B40). Sehingga kini, seramai 11,695 usahawan dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor telah terlibat mengambil bahagian dan menerima manfaat daripada program ini. Berpeluang mendalami kisah-kisah penerima anugerah yang amat mengagumkan dan memberi inspirasi. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah Iemah a/p Pendek, penerima Anugerah Khas Usahawan empower ECER bagi kategori Orang Asli. Beliau, yang berusia 48 tahun ini, berasal dari Pahang dan memiliki perniagaan butik pengantin. Kegigihan Puan Iemah untuk mengubah nasib hidup beliau dan keluarga memberi motivasi kepada beliau untuk bermotosikal selama 45 minit dari pedalaman Telemong sehingga ke bandar Bentong bagi menghadiri kursus andaman perkahwinan dan persolekan. Transformasi ini bukan sahaja kepada diri beliau, malah Puan Iemah turut membawa perubahan kepada komuniti orang Asli di Telemong. Sehingga kini, perkhidmatan beliau bukan sahaja diperlukan di Bentong bahkan sehingga ke negeri Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Kisah seterusnya mengenai seorang anak muda berusia 22 tahun, Muhammad Zulhanif bin Hazman yang dahulunya pernah dikenali sebagai “Mat Rempit” dan menganggur. Namun, setelah menghadiri kursus Masakan 1 Malaysia, ia telah membakar semangat anak muda untuk membuka kedai sate beliau sendiri. Pada usia yang masih muda, penerima Anugerah Usahawan Muda empower ECER telah berjaya mengembangkan perniagaan sendiri di bawah jenama “Four Z Brothers”. Muhammad Zulhanif kini bukan lagi satu kerisauan kepada keluarga beliau malah merupakan inspirasi kepada ramai anak muda di luar sana. Dengan pendapatan mencecah RM 15,000 sebulan, sate unik dan berwarna-warni beliau mendapat permintaan tinggi di Kemaman, Terengganu. Sesungguhnya kejayaan seorang individu tidak seharusnya dihadkan kepada faktor umur semata-mata. Usaha dan kerja keras Puan Ng Tai Kah yang berusia 57 tahun telah membuktikan segala-galanya. Puan Ng Tai Kah bermula dengan perusahaan produk kerepek ketam buatan sendiri yang dijalankan secara kecil-kecilan. Beliau telah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan oleh empower ECER untuk mengembangkan produk makanan ringan dan menguruskan perusahaan beliau dengan lebih baik. Berbekalkan keazaman untuk membantu suami yang berkerja sebagai pemandu bas, penerima Anugerah Khas Usahawan empower ECER ini meningkatkan pendapatan keluarga lebih 10 kali ganda daripada RM 300 sebulan kepada RM 3,500. Perusahaan beliau telah berkembang ke seluruh Mersing. Ketiga-tiga kisah ini merupakan sebahagian daripada kisah kejayaan hasil daripada Program empower ECER. Saya yakin inisiatif kerajaan seperti ECER ini menyediakan platform yang kukuh untuk melahirkan usahawan di negara ini. Saya berharap agar lebih ramai rakyat di luar sana mengambil peluang yang ada dengan menyertai program-program kemahiran yang ditawarkan dan menceburi bidang perniagaan yang kreatif dan berdaya saing.
Pada 26 November 2017, pihak usahawan telah mengadakan program E-Rezeki di Pusat Internet Taman Muhibbah. Kehadiran peserta adalah seramai 20 orang. Aktiviti bermula dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini telah menarik ahli baru seramai 6 orang. Para peserta membawa pelbagai produk dan membuat pertukaran sesama mereka. Mereka mengharapkan akan lebih banyak program seperti ini akan diadakan.
Halaman 1 dari 2