Terdapat tiga pasaraya besar di Bentong, iaitu TF ValuE Mart 1, TF Value Mart 2 dan The Store. Kesemua pasaraya terletak di lokasi strategik dan berjauhan antara satu sama lain. TF Value Mart 1 terletak sebelum masuk ke bandar Bentong dari arah Raub manakala The Store terletak sebelum masuk ke bandar Bentong dari arah Kuala Lumpur. Manakala TF Value Mart 2 terletak di tengah-tengah bandar. Semua lokasi ini sangat memudahkan penduduk. Tempat letak kereta juga banyak disediakan oleh setiap pasaraya tersebut. Ketiga-tiga pasaraya ini juga menawarkan harga yang sangat rendah untuk setiap barangan mereka.

BANDAR BENTONG

 

Bentong merupakan salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Pahang Darul Makmur yang mempunyai keluasan 183,112.35 hektar. Kedudukannya ialah ke arah timur laut Kuala Lumpur dan bertentangan Banjaran Titiwangsa. Daerah Bentong juga terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor.

 

LOKASI BENTONG DALAM PAHANG

Terdapat 3 mukim dalam Daerah Bentong iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Sejarah nama Bentong berasal daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu, Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut menjadi sebutan orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi "BENTONG".