CSR Hubungkan Kuala Krai, Kelantan Dengan Bentong, Pahang Dijangka Siap Akhir RMK-11

Projek Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan dengan Bentong, Pahang dijangka dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) iaitu pada tahun 2020.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek yang dilaksanakan secara berperingkat bermula dari Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dengan kos keseluruhan RM6.6 bilion."Hampir 40 peratus pembinaan kini telah siap manakala 60 peratus lagi dalam peringkat pelaksanaan," katanya selepas merasmikan pembukaan jajaran CSR, Seksyen 3H (Skop Tambahan) dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dan Ketua Pengarah Kerja Raya (JKR) Datuk Dr Roslan Md Taha.Antara keutamaan pelaksanaan termasuklah sepanjang jajaran dari Mentara ke Ke Kampung Seberang Jelai, Lipis sepanjang 61.15 km dan Bentong Bypass, Pahang sepanjang 28.5 km dengan kos yang diluluskan RM2 billion.Projek CSR yang merupakan laluan alternatif melibatkan pembinaan jalan raya sepanjang 350 km bermula dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai dengan pembinaan dibahagikan kepada enam pakej utama.Pakej 1: melibatkan pembinaan jalan dari Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (47 km); Pakej 2: Jabatan Sungai Lakit ke Gua Musang (59 km); Pakej 3: Gua Musang ke Kampung Relong, Kuala Lipis (92.5 km); Pakej 4: Kampung Relong, Kuala Lipis ke Raub (50 km): Pakej 5: Raub ke Bentong (54 km) dan Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai (47.5 km).Projek berimpak tinggi ini merupakan sebahagian daripada keutamaan kerajaan untuk menyediakan infrastruktur bermutu tinggi terutama di Pantai Timur dan sekaligus menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di sepanjang Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).Jajaran CSR, Seksyen 3H (Skop Tambahan) yang dibina dari Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai melibatkan pembinaan jalan sepanjang 3.85 km dengan kos RM59.5 juta.Seksyen tersebut antara lain melibatkan pembinaan jalan empat lorong dua hala sepanjang 3.85 km iaitu 3.05 km menggunakan teknologi "Continuously Reinforced Concrete Pavement" (CRCP) dan sebuah jambatan.Penggunaan teknologi CRCP di Seksyen 3H itu merupakan yang kedua di negara ini selepas projek pertama Lebuhraya Utara Selatan (Bahagian Perak) pada 1990.—BERNAMA

Kerajaan negeri mengambil inisiatif memulakan perkhidmatan pengangkutan bas awam di laluan kawasan luar bandar di Pahang Barat menerusi perkhidmatan baharu iaitu bas Syarikat Warisan Seri Jengka (SWSJ) di kawasan Benta di sini baru-baru ini. Komitmen kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menjaga kebajikan rakyat merupakan tanggungjawab sosial selari dengan manifestasi transformasi pembangunan dalam bidang pengangkutan. Satu majlis pelancaran perkhidmatan pengangkutan anak syarikat kerajaan negeri itu disempurnakan oleh Menteri Besar di pekan Benta di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad. Pada majlis itu, Adnan turut meras­mikan terminal bas baharu yang dikenali sebagai Terminal Akasia bernilai RM500,000 yang akan beroperasi sebagai perhentian bas, teksi dan premis bagi penduduk Benta serta pengunjung di situ. Adnan ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata, usaha tersebut bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang komprehensif, pantas dan efisien kepada penduduk luar bandar termasuk Orang Asli untuk berulang-alik ke bandar Kuala Lipis, Raub dan Jerantut. "Perkhidmatan bas ini penting khususnya bagi keselesaan penduduk Benta dan kawasan berdekatan untuk membuat urusan tertentu di bandar berkenaan kerana sebelum ini cuma menikmati pengangkutan bas swasta menerusi laluan terhad. "Kerajaan negeri meminta pengurusan bas SWSJ untuk menggunakan laluan di Kampung Pagar Sasak, Dada Kering, Kuala Atok dan Tualang Padang daerah ini secara lebih kerap untuk kemudahan penduduk dan pelajar," katanya. Adnan juga berkesempatan memandu sendiri bas SWSJ mengelili­ngi kawasan Benta sejauh 10 kilometer sebagai simbolik melancarkan perkhidmatan pengangkutan itu. Beliau berkata, perkhidmatan bas itu merupakan tanggungjawab sosial kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk keselesaan penduduk luar bandar walaupun syarikat berkenaan menghadapi risiko tidak memperoleh sebarang keuntungan. "Memanglah di mana-mana sekalipun, syarikat bas tidak memperoleh keuntungan malahan kerap rugi kerana menghadapi persaingan dengan perkhidmatan pengangkutan lain selain pengguna kurang berminat menaiki bas. "Bagaimanapun kerajaan negeri tetap melaksanakan perkhidmatan ini untuk menjaga kebajikan penduduk walaupun SWSJ akan menghadapi risiko berkenaan," katanya. Beliau berkata, SWSJ yang sinonim dengan penduduk kawasan Wilayah Jengka juga telah memulakan operasi yang sama di Bera, Temerloh, Bentong dan beberapa destinasi lain negeri ini. Tambahnya, anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negei Pahang (PKNP) mempunyai pegangan saham dalam SWSJ akan membantu dari segi pengurusan untuk menyelenggarakan operasi pengangkutan di tempat berkenaan. Sementara itu, Mohd. Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Benta berkata, usaha kerajaan negeri mengambil inisiatif mempertingkatkan tahap perkhid­matan pengangkutan bas awam menerusi perkhidmatan bas itu ke kawasan luar bandar."Pembukaan Terminal Akasia merupakan sebahagian projek kemudahan asas untuk memacu kawasan di sini dalam sektor perniagaan dan pelancongan khususnya keselesaan pengunjung yang transit di Benta. "Selaku wakil rakyat kawasan ini, saya amat berteri­ma kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri meluluskan perkhidmatan bas berkenaan serta projek terminal baharu yang mula beroperasi untuk bas dan teksi memunggah penumpang," katanya. Katanya, slogan Janji Ditepati diterjemahkan oleh kerajaan negeri dan pada masa sama mengutamakan keperluan kebajikan penduduk luar bandar menerusi kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan tertentu.

Pada mesyuarat JKKK akhir bulan lalu, kemudahan asas sangat ditekankan. Antaranya penggunaan tanah lapang di depan Sek Keb Bukit Piatu, trim dahan pokok di jalan masuk utama, membuat garisan di tepi jalan berhampiran Sek Keb Bukit Piatu dan paling utama adalah perkembangan permohonan untuk membina masjid baru di Kg. Bukit Piatu

Seluruh penduduk sekitar Bentong bakal menikmati manfaat apabila jalan Simpang Pelangai, Bentong ke Kuala Krai, Kelantan bakal dibina tidak lama lagi selepas proses pengambilalihan tanah penduduk terlibat dengan projek berkenaan selesai. Menurut Pengurus Besar Kanan Projek Jabatan Kerja Raya, Noor Azman Yusoff, projek yang dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) bernilai RM5 bilion itu kini sedang dalam perbincangan antara pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam menyediakan reka bentuk jalan melalui juru perunding mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang itu. Menurut beliau, Projek jalan CSR sepanjang 390 kilometer yang diletakkan di bawah Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) tersebut akan dibina dalam lima pakej dan apabila siap, laluan tersebut akan memiliki empat lorong. Menurut Noor Azman, perjalanan antara Bentong ke Kuala Krai kelak hanya mengambil masa selama empat jam berbanding lima jam pada masa sekarang. Manakala dari Bentong ke Gua Musang pula hanya memerlukan perjalanan selama dua jam. Ia juga akan mempercepatkan perjalanan dari arah Selatan termasuk Kuala Lumpur ke Kelantan malah mengurangkan kesesakan trafik terutama pada musim perayaan. Sementara itu, beberapa simpang bertingkat serta jalan susur keluar akan turut dibina. Pembukaan jalan yang menjadi impian penduduk sejak sekian lama itu diharapkan bakal memberi kemudahan perhubungan kepada orang ramai dan mengubah wajah kegiatan sosioekonomi kawasan sekitar. Bahkan dapat merapatkan integrasi penduduk di kawasan berkenaan selain merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

Pada tahun 2015, Hospital Bentong ditambahbaik dengan menambah keluasan dan bangunan. Ternyata perubahan ini membawa banyak kebaikan kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, tempat meletak kenderaan juga di tambah dengan banyaknya. Pintu masuk juga di tukar ke kawasan yang kurang sibuk berbanding biasa, yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kesukaran kepada pelawat dan pesakit. Bangunan yang baru siap sangat cantik dan besar, sangat memberi keselesaan kepada semua.