Tahukah anda, perbuatan seperti
Melambung bayi
Menggoncang bayi
Senaman akrobatik bayi
Adalah sangat bahaya untuk bayi.
Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus. Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak. Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata. Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun. Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang. Ada juga menggocang bayi kerana aktiviti fizikal yang kononnya memberikan senaman kepada bayi. Anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan. SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan. Jika anda rasakan anak anda merupakan mangsa penderaan SBS, bawa kepada doktor untuk rawatan dan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.
- 1) Jarang muat naik status atau gambar diri sendiri
- 2) Hantaran yang di buat hanya perkongsian gambar tanpa apa-apa teks
3) Teks mempunyai kesalahan ejaan atau tatabahasa
- Elakkan menekan brek jika kenderaan anda terbabas
- Elakkan memandu di lorong kanan
- Berhenti di hentian rehat
- Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan dihadapan
- Jangan nyalakan lampu amaran bahaya
- Pandu perlahan (Kelajuan melebihi 80km/j akan menyebabkan kenderaan anda meluncur)
Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia setelah mengalami kelecuran dan luka kebakaran apabila sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) atau skuter elektrok TERBAKAR dalam sebuah lif di blok perumahan di Woodland. Bayangkan dalam ruang yang tiada jalan keluar, skuter tersebut tiba tiba meletup dan terbakar. Siasatan awal ke atas punca kebakaran itu mendapati ia disebabkan oleh "punca elektrik" dari sebuah PMD. Ini bukanlah insiden pertama berlaku, sebelum ini terdapat insiden kebakaran melibatkan premis akibat letupan bateri yang sedang di caj. Penggunaan e-skuter memang memudahkan, jimat dan mesra alam sekitar. Namun pastikan skuter yang dibeli mendapat pengesahan keselamatan dari SIRIM. Pengguna juga ditegah untuk membawa e-skuter fi tengah tengah jalan raya kerana ada risiko kemalangan. Kajian yang dilakukan mendapati pengguna e skuter mempunyai 3 kali ganda risiko kemalangan dan perlu dimasukkan ke hospital
Merujuk kepada artikel keratan akhbar bertarikh 8 Mac 2022 oleh Fernando Fong di The Rakyat Post, pihak JPNP ingin memberi ulasan lanjut tentang penggunaan perkhidmatan ejen pelancongan untuk ke Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest. Pihak JPNP telah membuat pengumuman untuk membuka semua kawasan ekopelancongan berstatus Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pahang mulai 7 Mac 2022 (Isnin). Susulan pembukaan tersebut, JPNP telah memaklumkan bahawa pengunjung yang ingin ke TER Mossy Forest wajib mendapatkan perkhidmatan ejen pelancongan di daerah Cameron Highlands. Justifikasi pelaksanaan ini adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:
- Terdapat kejadian tanah runtuh di Jalan masuk ke stesen VHF Gunung Brinchang yang juga merupakan jalan akses ke TER Mossy Forest semasa musim tengkujuh pada bulan Disember 2021 yang telah menyebabkan jalan tersebut merbahaya kepada kenderaan biasa dan pemandu yang tidak mahir di jalan tersebut;
- Keadaan jalan akses ke TER Mossy Forest termasuk kawasan tanah runtuh tidak sesuai untuk kenderaan biasa. Bagi keselamatan dan keselesaan pengunjung, hanya kenderaan lasak (4WD) yang boleh digunapakai untuk ke TER Mossy Forest;
iii. Tempat parkir kenderaan di TER Mossy Forest adalah sangat terhad. Untuk tujuan kawalan trafik di kawasan tersebut, JPNP menyarankan agar pengunjung mendapatkan perkhidmatan ejen pelancongan dalam bentuk "car pool"; dan
- Penggunaan perkhidmatan ejen pelancongan akan menjamin keselamatan para pengunjung, terutamanya semasa melalui kawasan berisiko tinggi (tanah runtuh dan jalan terputus).
Untuk rekod, pakej yang ditawarkan oleh pihak ejen pelancongan untuk ke TER Mossy Forest adalah berdasarkan harga pasaran dan permintaan semasa.
Penggunaan perkhidmatan ejen pelancongan untuk ke TER Mossy Forest adalah tindakan sementara sahaja sehingga jalan akses telah dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya dan selamat digunakan