Pihak Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14 telah mendapat tajaan kamera litar tertutup (CCTV). Ia ditempatkan di depan Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, berhadapan dengan Pusat Internet Taman Muhibbah. JPP berharap dengan adanya kamera tersebut, akan dapat membendung dan menyelesaikan pelbagai masalah di sekitar sekolah dan PI. Laluan ini merupakan laluan utama untuk ke beberapa taman. Kawasan ini adalah salah satu lokasi yang sangat sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan dan pejalan kaki.
Musim hujan telah mula melanda negara pada bulan ini. Sesetengah tempat mula dinaiki air dan ada yang banjir. Keselamatan anak-anak dan dokumen penting adalah yang paling perlu diutamakan. Sentiasa dalam keadaan siap sedia dan menerima arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah. Selain dikhuatiri lemas atau hanyut, paling dirisaukan adalah haiwan berbisa yang masuk ke kediaman untuk mencari tempat berlindung. Jika mereka merasa terancam, akan membuatkan mereka menyerang. Yang paling banyak di dapati adalah ular, lipan dan kala jengking. Sentiasalah menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
Bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara membangun seperti Malaysia, aspek keselamatan amat penting bagi mencapai kesejahteraan sekaligus menyahut seruan gagasan 1Malaysia.
Pasukan keselamatan yang antaranya terdapat di Mukim Bentong adalah :
1. Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong,
28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.
No. Tel : 09-2222221, 09-2222222, 09-2222223
No. Faks : 09-2229881 (F)
2. Balai Bomba & Penyelamat Daerah Bentong,
28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.
No Tel : 09-2224444
No. Faks : 09-2227515 (F)
3. Pejabat RELA Daerah Bentong,
Tkt. 2, Wisma Sri Bentong, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.
No. Tel : 09-2222977
No. Faks : 09-2222977 (F)
Jalan raya utama dan kampung di Bentong menjadi terlalu sibuk semasa musim perayaan Aidil Fitri namun ternyata masyarakat setempat dan perantau mampu membuktikan masing-masing masih mengutamakan aspek keselamatan. Ini terbukti apabila tiada kemalangan berlaku sepanjang cuti perayaan selama seminggu. Sikap tidak mementingkan diri merupakan faktor utama dalam menentukan keselamatan semua pihak. Walaupun kesesakan tidak dapat di elakkan setiap kali tiba musim cuti atau perayaan, penduduk di sini sentiasa memahami dan positif dengan keadaan tersebut.