Tip Keselamatan Kebakaran oleh Bomba Malaysia

Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :

  1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
  5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak.
  9. Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

Visi
Menjadi pemacu transformasi sains dan teknologi kebombaan melalui perancangan dan penyelidikan yang berprestasi tinggi.

Misi
Melaksanakan penyelidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Kebombaan secara profesional bagi meningkatkan kecekapan JBPM dan industri kebombaan.

Objektif
Untuk menghasilkan penyelidikan kebombaan yang berkait rapat dengan kelestarian penghidupan.

Fungsi

1. Kajian Operasi Pemadaman Kebakaran :

  • Menganalisa data-data berkaitan dengan kebakaran
  • Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan pemadaman kebakaran
  • Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi pemadaman kebakaran yang baru dan berkesan
  • Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru pemadaman kebakaran
  • Membuat ujian produk/ peralatan pemadaman kebakaran terkini
  • Membuat kajian keberkesanan pemadaman kebakaran untuk risiko kebakaran khas
  • Membuat kajian & penyelidikan keberkesanan pengendalian bencana yang melibatkan CBRNE (Chemical, Biology, Radiology, Nuclear & Explosion)

  1. Kajian Operasi Penyelamatan :
  • Menganalisa data-data berkaitan dengan penyelamatan
  • Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan penyelamatan
  • Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi penyelamatan yang baru dan berkesan
  • Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru penyelamatan
  • Membuat ujian produk/ peralatan penyelamatan terkini
  • Membuat kajian keberkesanan penyelamatan untuk bencana industri & bencana alam

  1. Kajian Pepasangan Keselamatan Kebakaran :
  • Membuat kajian & penyelidikan ke atas PKK bangunan
  • Penyelidikan mengenai faktor kemanusiaan & persekitaran berkaitan keselamatan kebakaran bangunan
  • Melaksanakan ujian keberkesanan & Perakuan PKK bangunan yang terkini / baru
  • Kajian ke atas piawaian/ standard/ spesifikasi PKK bangunan
  • Membuat cadangan kajian dan penyelidikan untuk digunapakai dan dipasarkan di Negara
  • Membuat kajian Sains & Teknologi Keselamatan Kebakaran
  • Menyelaras penyelidikan & pembangunan industri Keselamatan Kebakaran

  1. Kajian Fire Behaviour :
  • Kajian human behaviour, fire science & persekitaran semasa kebakaran, bencana industri & alam
  • Mengkaji & membuat penyelidikan behavioural anggota kecemasan dalam pelaksanaan operasi pemadaman
  • Menjalankan kajian saintifik fire behaviour bahan binaan & kaitannya keselamatan kebakaran bangunan


Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memastikan pelaksanaan perancangan dan penyelidikan berkaitan aspek kebombaan dilaksanakan secara professional. Dengan itu kami berjanji :

  • Mengeluarkan laporan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat penyelidikan atau kajian.
  • Mengeluarkan analisa keberkesanan produk dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerangan produk.
  • Mengeluarkan laporan spesifikasi dan rekomendasi perolehan jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima data teknikal.

Karnival Kesihatan dan Keselamatan Peringkat Hospital Bentong merupakan satu program julung kalinya dianjurkan Hospital Bentong. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan kepada  anggota kerja Hospital Bentong khususnya dan pelanggan amnya. Objektif program adalah :


  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat yang berkesan, keselamatan pengubatan, penjagaan ubat yang betul serta konsep ubat berkualiti.
    2.    Memberi kesedaran terhadap kepentingan vaksinasi & peranan masyarakat dalam isu ini terutama ibu bapa serta pandangan daripada sudut Islam.
    3.    Memberi kesedaran kepada peserta tentang pengurusan stress yang betul serta memahami aspek keselamatan pekerjaan dan kesihatan. 
    4.    Memberi maklumat berhubung pendermaan organ dan kepentingan dalam masyarakat.

    Antara aktiviti yang diadakan adalah :
    1. Pameran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 
    2. Booth Medic Rep – Mask, Needle & Branula
    3. Edaran Risalah
    4. Demo Latihan CPR
    5. Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    6. Kepentingan Vaksinasi & Dari Sudut Pandangan Islam 
    7. Pengurusan Stress di tempat kerja
    8. Derma darah
    9. Pameran Patient Safety
    10. Kursus “Patient Safety ‘ 
    11. Pameran Pendermaan Organ    
    12. Pemeriksaan Kesihatan
    13. Seminar ‘Antibiotic & Medication Safety
    14. Pameran ‘antibiotic & medication safety’
    15. Pameran Kenali Ubat Anda

Tip Keselamatan Kebakaran oleh Bomba Malaysia

Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :

  1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
  5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak.
  9. Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

Visi
Menjadi pemacu transformasi sains dan teknologi kebombaan melalui perancangan dan penyelidikan yang berprestasi tinggi.

Misi
Melaksanakan penyelidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Kebombaan secara profesional bagi meningkatkan kecekapan JBPM dan industri kebombaan.

Objektif
Untuk menghasilkan penyelidikan kebombaan yang berkait rapat dengan kelestarian penghidupan.

Fungsi

1. Kajian Operasi Pemadaman Kebakaran :

  • Menganalisa data-data berkaitan dengan kebakaran
  • Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan pemadaman kebakaran
  • Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi pemadaman kebakaran yang baru dan berkesan
  • Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru pemadaman kebakaran
  • Membuat ujian produk/ peralatan pemadaman kebakaran terkini
  • Membuat kajian keberkesanan pemadaman kebakaran untuk risiko kebakaran khas
  • Membuat kajian & penyelidikan keberkesanan pengendalian bencana yang melibatkan CBRNE (Chemical, Biology, Radiology, Nuclear & Explosion)

  1. Kajian Operasi Penyelamatan :
  • Menganalisa data-data berkaitan dengan penyelamatan
  • Kajian & penyelidikan keberkesanan peralatan/ perkakasan penyelamatan
  • Penyelidikan mengenai taktik-taktik operasi penyelamatan yang baru dan berkesan
  • Mengkaji & membuat penyelidikan spesifikasi teknikal peralatan/ perkakasan baru penyelamatan
  • Membuat ujian produk/ peralatan penyelamatan terkini
  • Membuat kajian keberkesanan penyelamatan untuk bencana industri & bencana alam

  1. Kajian Pepasangan Keselamatan Kebakaran :
  • Membuat kajian & penyelidikan ke atas PKK bangunan
  • Penyelidikan mengenai faktor kemanusiaan & persekitaran berkaitan keselamatan kebakaran bangunan
  • Melaksanakan ujian keberkesanan & Perakuan PKK bangunan yang terkini / baru
  • Kajian ke atas piawaian/ standard/ spesifikasi PKK bangunan
  • Membuat cadangan kajian dan penyelidikan untuk digunapakai dan dipasarkan di Negara
  • Membuat kajian Sains & Teknologi Keselamatan Kebakaran
  • Menyelaras penyelidikan & pembangunan industri Keselamatan Kebakaran

  1. Kajian Fire Behaviour :
  • Kajian human behaviour, fire science & persekitaran semasa kebakaran, bencana industri & alam
  • Mengkaji & membuat penyelidikan behavioural anggota kecemasan dalam pelaksanaan operasi pemadaman
  • Menjalankan kajian saintifik fire behaviour bahan binaan & kaitannya keselamatan kebakaran bangunan


Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memastikan pelaksanaan perancangan dan penyelidikan berkaitan aspek kebombaan dilaksanakan secara professional. Dengan itu kami berjanji :

  • Mengeluarkan laporan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat penyelidikan atau kajian.
  • Mengeluarkan analisa keberkesanan produk dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerangan produk.
  • Mengeluarkan laporan spesifikasi dan rekomendasi perolehan jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima data teknikal.

Sebanyak 600 pelekat keselamatan un­tuk pe­nunggang motosikal diedar­kan pada Kempen Advokasi Kese­lamatan Jalan Raya peringkat dae­rah yang berlangsung di Dataran Tras, di sini baru-baru ini. Kempen dengan kerjasama syarikat insurans, Allianz Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu turut mengedarkan 50 topi keledar kepada penunggang motosikal terpilih. Pengurus Allianz Malaysia Temerloh, Nazaruddin Ab. Majid ber­kata, kempen terbaharu ini sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memberi kesedaran keselamatan jalan raya terutama kepada penunggang motosikal. "Pengedaran 600 pelekat reflektif ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal terutama pada waktu malam. "Selain itu, 50 penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar tidak selamat sama ada lama atau tidak diluluskan pihak berkuasa juga menerima topi keledar baharu," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini. Menurut Nazaruddin, dalam kempen berkenaan, 20 buah kerusi khas untuk keselamatan kanak-kanak di dalam kereta turut diedarkan."Di samping itu, 10 pengguna kenderaan bermotor pertama tiba di kempen itu turut diberikan pelan 'Enhanced Road Warrior' selama setahun secara percuma, produk yang menggabungkan bantuan termasuk menunda sehingga 600 kilometer sekiranya berlaku kerosakan kende­raan dan juga perlindungan insurans. "Keselamatan adalah keutamaan dan kami percaya adalah penting untuk mendidik orang ramai me­ngenai keselamatan jalan raya dan memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran terhadap kese­lamatan," jelasnya. Katanya, Allianz Malaysia seca­ra aktif telah mempromosikan ke­selamatan jalan raya melalui kerjasama dengan pihak JKJR dan sebanyak 88 kempen advokasi telah diadakan di seluruh negara de­ngan 400 kakitangan Allianz terlibat da­lam kempen ini.