- Pemakaian pelitup muka di tempat awam
- Pemilik premis perlu pastikan sistem pengudaraan yang baik
- Sentiasa menjaga kebersihan tangan
- Ujian pengesanan COVID 19 mengikut tatacara National Testing Strategy
- Had waktu beroperasi bagi perniagaan dimansuhkan
- Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan
- Aktiviti solat Jemaah di masid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal
- Keperluan vaksinasi
- Kekerapan dan cara membersihkan premis diseragamkan bagi setiap kementerian
- Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM
Brought-in-Dead (BID) bermaksud kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik.
Siapakah golongan berisiko?
Pesakit tidak mengetahui mereka menghidap COVID-19
Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah
Pesakit lambat mendapatkan bantuan kecemasan
Pesakit mengalami happy hypoxia
BID COVID-19 boleh dielakkan dengan
Pantau dan kemaskini status kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera
Terus lakukan pemantauan kendiri setiap hari sehingga tamat tempoh kuarantin jika tidak bergejala
Ketahui dan kenal pasti warning signs COVID-19
Kesesakan bernafas boleh dipantau menggunakan pulse oximeter
Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dengan keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19
Segera hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.
Apakah kuasa Polis Bantuan
Sudah pasti ramai yang arif dengan kewujudan Polis Bantuan di LRT/MRT/stesen keretapi dan di pusat membeli-belah. Mereka ni nampak macam polis, tapi bila anda lihat lencana mereka dengan teliti, anda boleh nampak perkataan “Polis Bantuan” padanya. Kadangkala kita tertanya-tanya, apa sebenarnya yang mereka buat dan adakah mereka ini polis yang betul dari PDRM? Bagaimana mereka dipilih dan dilatih? Bolehkah mereka membawa senjata api? Apa bezanya Polis Bantuan dengan PDRM? Yang pertama-tamanya, mereka ini bukannya pengawal keselamatan. Polis Bantuan sebenarnya dilantik dan dikawal di bawah seksyen 47 – 50 Akta Polis 1967 bagi tujuan memberi khidmat pengawasan di kawasan-kawasan yang kekurangan pengawalan polis, dan boleh menjadi unit bantuan kepada PDRM dalam situasi yang diperlukan. Badan swasta (seperti pusat membeli-belah) “mengupah” Polis Bantuan dengan mengemukakan permohonan rasmi kepada PDRM untuk mendapatkan khidmat mereka, dan mereka akan bertanggungjawab untuk membayar gaji mereka. Menurut portal PDRM, seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan berkhidmat dari bulan ke bulan, walau bagaimanapun tempoh perkhidmatannya adalah tertakluk kepada sebarang perjanjian yang dibuat dengan majikannya. Tugas mereka termasuklah :
- Rondaan, bit dan kawalan statik
- Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
- Melindungi dan mengiring harta majikan
- Mencegah kesalahan jenayah
- Mengesan dan menangkap pesalah
Tugas utama Polis Bantuan adakah untuk melindungi harta benda milik majikan dan mencegah jenayah di kawasan jagaan mereka. Ini bermakna mereka berfungsi sebagai polis di dalam lingkungan kawasan milik majikan mereka. Seperti yang dijelaskan di atas, mereka juga bekerjasama dengan polis PDRM, jadi bagaimana “percanggahan kuasa” dielakkan bila berdepan dengan keselamatan awam?Perenggan 20 Perintah Tetap Ketua Polis Negara menyatakan bahawa apabila Polis Bantuan bekerjasama dengan pegawai polis dari PDRM, pangkat Polis Bantuan haruslah lebih rendah dari pangkat pegawai polis PDRM. Perenggan 6.5 pula menyatakan bahawa pangkat tertinggi mana-mana Polis Bantuan tidak boleh melebihi pangkat Ketua Polis Daerah kawasan terbabit. Disebabkan Polis Bantuan diambil bekerja oleh majikan mereka, bidang kuasa mereka hanya tertakluk di kawasan milik majikan mereka ataupun di mana mereka ditugaskan. Mereka tidak mempunyai kuasa di luar kawasan tersebut.Jadi kita tidak perlu bimbang jika kita nampak abang-abang Polis Bantuan di tempat awam. Malah, tak perlu bimbang pun bila kita berada di kawasan mereka bekerja, melainkan jika kita ada buat benda dajal.
Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Banjir Berlaku
Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
- Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
- Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
- Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
- Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
- Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
- Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
- Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
- Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir
SEMASA BANJIR – DIDALAM KENDERAAN
- Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH
- Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan
- Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.
SEMASA BANJIR –DI LUAR RUMAH
- Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang bolehmenghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
- Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR-SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR –PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Kajian menunjukkan majoriti mikroplastik berbahaya dalam tubuh kita datang daripada udara yang disedut, bukannya dengan meminum air dalam botol plastik atau memakan ikan dari laut yang tercemar. Lebih membimbangkan, manusia juga dikatakan menyedut sehingga 130 zarah plastik sehari dan ia kekal di dalam tubuh!Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, pembersih udara Blueair berikrar untuk menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menghapuskan pencemaran plastik.Mungkin kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum mengenai kehadiran mikroplastik dalam sumber air di seluruh dunia. Buktinya, ramai yang mula mengubah gaya hidup dengan mengurangkan penggunaan plastik. Namun hakikatnya, tidak ramai yang tahu bahawa mikroplastik juga terdapat di dalam udara.Inilah yang diperjuangkan peneraju utama industri pembersihan udara di dunia ini. Ketika orang ramai masih tertanya-tanya mengenai kesahihan hasil kajian berkenaan, Blueair komited untuk terus meningkatkan kesedaran umum, sekali gus menunjukkan bahawa majoriti bahan plastik berbahaya dalam tubuh kita sebenarnya datang daripada udara yang disedut setiap hari.Menurut Pakar Kanan Penapisan Udara Blueair, Kevin Luo, mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um). Ia dikategorikan sebagai mikroplastik primer dan sekunder.“Mikroplastik primer ialah zarah plastik atau microbead bersaiz mikroskopik yang dihasilkan untuk kegunaan kosmetik, kelengkapan dandanan diri serta cat. Mikroplastik sekunder pula adalah serpihan plastik daripada objek plastik yang besar. Kedua-dua mikroplastik primer dan sekunder ini boleh terampai dalam udara dan disedut hingga memudaratkan manusia,” katanya.Jelas Luo, udara dalam kediaman lazimnya turut mengandungi mikroplastik yang terhasil daripada pergeseran, tindak balas haba atau cahaya objek plastik di dalam rumah kita.“Ia termasuklah cat, barang permainan, perabot dan objek yang mengandungi bahan plastik lain seperti kosmetik, ubat gigi dan skrub muka. Selain itu, serat plastik yang dibebaskan daripada pakaian dan kain sintetik yang digunakan di rumah turut menyumbang kepada peningkatan kandungan mikroplastik dalam udara.“Mikroplastik yang terampai dalam udara ini juga boleh membawa pencemaran toksik udara yang lain seperti bakteria berbahaya dan asap kenderaan ke dalam salur darah melalui paru-paru,” katanya.Meneliti hasil kajian dilakukan Ecole Nationale des Ponts et Chaussees pada 2018,kadar pencemaran mikroplastik dalam kediaman didapati lebih tinggi berbanding di luar rumah. Ini jelas menimbulkan risiko kesihatan yang besar memandangkan kebanyakan daripada kita menghabiskan kira-kira 90 peratus masa berada di dalam rumah.“Tidak cukup dengan itu, kajian Universiti Fernando Pessao di Portugal juga menunjukkan bahawa setiap hari kita menyedut sehingga 130 zarah plastik yang halus. Berikutan faktor saiznya, zarah mikroplastik boleh menyerap jauh ke dalam paru-paru sehingga mengakibatkan komplikasi pada sistem pernafasan apabila ia disedut.“Perlu diketahui bahawa zarah mikroplastik yang menembusi jauh ke dalam tisu paru-paru tidak boleh disingkirkan atau ‘dihadam’ sistem imunisasi manusia. Zarah yang sangat halus ini juga boleh menerpa masuk ke salur darah dan mengakibatkan penyakit kardiovaskular, serebrovaskular, kanser, menjejaskan sistem imunisasi serta saraf manusia.“Dalam situasi ini, kanak-kanak adalah kelompok paling berisiko. Mereka bernafas lebih cepat berbanding orang dewasa, menyedut udara lebih banyak jika dibandingkan dengan berat badan. Mereka juga berdepan risiko lebih besar kerana sistem pernafasan sedang berkembang selain banyak meluangkan masa bermain di lantai yang mungkin dicemari mikroplastik dalam bentuk habuk,” katanya.Berikutan itu, Luo mencadangkan penggunaan pembersih udara yang diuji mempunyai kadar penyingkiran 0.1 mikrometer untuk membantu membasmi zarah mikroplastik berbahayaJadi, sebagai pengguna bijak, kita perlu memilih pembersih udara yang berkualiti dan mampu menyingkirkan zarah berbahaya daripada terus mengancam kesihatan kita sekeluarga secara perlahan-lahan.
Tip udara bebas plastik
- Pastikan kediaman mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
- Guna penyedut vakum untuk membersihkan lantai rumah daripada habuk mikroplastik.
- Kurangkan penggunaan permaidani yang memerangkap serat atau zarah plastik.
- Pilih lantai kayu atau seramik. Lantai vinil dan linoleum boleh membebaskan mikroplastik ke udara.
- Elakkan daripada memakai pakaian sintetik kerana ia boleh membebaskan serat plastik.
- Gunakan kain jenis organik dan semula jadi untuk kelengkapan rumah.
- Jangan beli permainan yang diperbuat daripada plastik atau mempunyai bahagian plastik. Sebaliknya pilih permainan yang diperbuat daripada kayu atau getah asli.
- Elakkan menggunakan kosmetik, sabun, skrub muka dan ubat gigi yang mengandungi zarah plastik (microbead).
- Minum air paip yang ditapis dan bukannya air dalam botol plastik pakai buang bagi mengurangkan jumlah plastik yang dibawa ke dalam rumah anda.
- Letakkan pembersih udara di dalam bilik.