Musim hujan yang mula melanda mengakibatkan kebanyakan tempat di naiki air dan tak kurang juga banjir. Walaupun dalam keadaan yang sukar, masyarakat haruslah sentiasa mengamalkan kebersihan seperti tidak meminum air hujan atau air yang menaiki kawasan rumah. Terdapat pelbagai wabak dan penyakit bawaan air. Selain minum, elakkan juga daripapda bermain di dalam air tersebut kerana terdapat pelbagai penyakit kulit yang akan di hidapi kerana air tersebut sangat kotor. Antaranya adalah cacar air dan kudis. Air tersebut membawa segala jenis sampah dan kotoran dari serata tempat. Sama-samalah kita berusaha menjaga kebersihan agar terhindar dari segala penyakit.

Hospital dan klinik dikunjungi selepas berkunjung ke rumah terbuka kerana nafsu makan yang membuak-buak dan tidak menjaga jadual makan seperti yang sepatutnya. Masing-masing tidak dapat mengawal diri ketika melihat dan mencuba makanan yang dihidangkan oleh saudara mara dan sahabat handai. Selain itu, terdapat juga yang keracunan makanan kerana faktor penyediaan yang tidak terurus. Selain itu, ramai yang bertambah berat badan kerana kegelojohan diri-sendiri. 

"Kesihatan menjamin kualiti hidup sepanjang masa"

Ramai yang menginginkan kehidupan yang lebih baik dan terhindar daripada segala penyakit. Hal ini dapat dilihat dari aspek penjagaan kesihatan yang berkesan. Contohnya, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani gejala influenza A H1N1, Denggi dan sebagainya.

Rata-rata masyarakat mengetahui bahawa hospital dan juga klinik merupakan tempat untuk menerima rawatan kesihatan, sama ada berbayar ataupun tidak. Antara kemudahan kesihatan yang tersedia bagi penduduk-penduduk Taman Muhibbah dan sekitarnya ialah:

Hospital Bentong adalah salah sebuah daripada 11 buah hospital di Negeri Pahang. Mula beroperasi pada tahun 1920-an. Jabatan pesakit luar dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 30 Jun 1966 dan ia berkeluasan 7.8 ekar.

Didirikan di tengah pusat bandar Bentong. Hospital ini telah mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian yang gemilang. Antaranya Pemenang Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) Tempat ke-2 Tahun 2005, dicalonkan sebagai Finalist Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2005, calon Finalist Untuk United Nation Public Service Award 2006 serta Finalist Anugerah Inovasi Peringkat Komanwel ( C.A.P.A.M ) Tahun 2006.


1.     Hospital Daerah Bentong, 

        28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

        No Tel : 09-2223333, 09-222333

        No. Faks : 09-2224494

2.     Pejabat Kesihatan Daerah Bentong,

        28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. 

        No. Tel : 09-2221220

        No. Faks : 09-2220461 (F)

3.    Pejabat Pentadbiran Klinik Pergigian Daerah Bentong,

       28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. 

       No. Tel : 09-2229245

       No. Faks : 09-2228901