Secara amnya, perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merangkumi pelbagai isu psikososial dan sosioekonomi yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai obejktif ‘total patient care’. Klinik Kesihatan kini bukan sahaja berperanan memberi rawatan kepada pesakit tetapi juga menjadi pengurus kepada pesakit dalam usaha meningkatkan lagi tahap kefungsian pesakit. Unit Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu daripada perkhidmatan ‘Allied Health Professional’ yang terlibat secara langsung dalam proses membantu pesakit. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merangkumi pengurusan kes psikososial dan sosioekonomi seperti pengurusan kes pesakit kronik, kes-kes penderaan kanak-kanak, kes bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), kes keganasan rumahtangga dan pengurusan pesakit terlantar di rumah. Perkhidmatan ini telah dikembangkan di kesihatan primer pada Disember 2010 di klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia yang terpilih dengan bilangan pegawai seramai sembilan (9) orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan.

Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan

1) Bantuan Praktik

  • Penilaian Sosio-ekonomi – Penentuan kelayakan permohonan bantuan
  • Penempatan Institusi
  • Bantuan peralatan perubatan / bukan peralatan perubatan/ubat-ubatan
  • Lawatan ke Rumah
  • Mengesan keluarga pesakit
  • Pendaftaran kes kurang upaya
  • Pendidikan Khas

2) Terapi Sokongan

  • Konsultasi kes-kes melibatkan undang-undang. (contoh; penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga, pencabulan, rogol)
  • Sokongan emosi kebimbangan tentang rawatan / penyakit / trauma.
  • Khidmat Nasihat golongan kurang bernasib baik. (contoh; kutu rayau, warga tua tanpa waris)
  • Rundingcara individu / Keluarga / kelompok.

Prosedur Perkhidmatan

  1. Pesakit mendapatkan rujukan dari Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan Keluarga dari klinik-klinik kesihatan kerajaan.
  2. Berjumpa dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk temubual atau temujanji bagi membuat penilaian biopsikososial mengenalpasti permasalahan yang dihadapi.
  3. Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan melakukan intervensi bagi mengenalpasti jenis keperluan yang diperlukan oleh pesakit, samada perkhidmatan bantuan praktik atau perkhidmatan bantuan terapi sokongan.

Prinsip Bantuan

Bagaimanakah pendekatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan dalam membantu

http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/bagaimanakah-pendekata-PKSP-dlm-membantu.png

Secara amnya Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan bekerjasama dengan pesakit dan ahli keluarga untuk mengenalpasti dan memahami masalah klien

Tiga Pendekatan Utama:

Membantu pesakit mengenalpasti permasalahan dan kekuatan diri sendiri:

  1. Persepsi pesakit terhadap diri sendiri, permasalahan, penyakit.
  2. Cara penyelesaian masalah / coping skill
  3. Motivasi – untuk meneruskan kehidupan, mendapat maklumat dan mencari bantuan.
  4. Nilai – agama, budaya, politik dan sebagainya.
  5. Kestabilan emosi
  6. Tahap intelektual

Membantu pesakit mengenalpasti sumber di sekitar pesakit:

  1. Corak komunikasi.
  2. Sokongan keluarga – suami, isteri, anak-anak, ibubapa, saudara mara dan sebagainya.
  3. Persepsi ahli keluarga / orang terdekat terhadap pesakit.
  4. Sokongan majikan, rakan-rakan dan lain-lain.
  5. Sumber kewangan – Tabungan, KWSP, PERKESO, Insurans dan lain-lain.

Membantu pesakit dengan mengenalpasti sumber komuniti:

  1. Peruntukan undang-undang Akta Kanak-kanak 2001, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Fi (Caj Rawatan), Pekeliling-pekeliling perubatan.
  2. Badan-badan Kerajaan- PKMD Kinta, MAIP, YKN, TBPKKM.
  3. Badan-badan bukan kerajaan- MAKNA MACAS, Rumah Ehsan Haluan, dan lain-lain.

Kumpulan Sasaran

Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) merupakan kakitangan ‘Allied Health’ Kementerian Kesihatan Malaysia yang tergolong dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Kepentingan dan peranan mereka dalam proses rawatan dan pemulihan pesakit-pesakit memang terbukti sejak sekian lama profession ini wujud di negara kita. Penyertaan PKSP dalam Perkhidmatan Kesihatan Awam meliputi aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merangkumi pelbagai kumpulan sasar. Antara kumpulan sasaran kumpulan sasaran tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pesakit-Pesakit di Klinik-klinik Kesihatan (Poliklinik Komuniti) yang memerlukan perkhidmatan kerja sosial.
  2. Pesakit-pesakit ke program kesihatan keluarga, warga emas, remaja, wanita, kanak-kanak dan sebagainya. Contoh-contoh kes di bawah pengendalian perkhidmatan kerja sosial perubatan.
  3. Kes Penderaan dan Penganiayaan seksual / fizikal – Kes Ketagihan (alkohol, dadah).
  4. Kes Tekanan Emosi dan Mental contohnya cubaan bunuh diri.
  5. Kes Penyakit Berjangkit dan Kronik contoh TB, HIV.
  6. Kes kesihatan yang berkaitan dengan status sosio ekonomi contotnya malnutrisi.
  7. Kes cacat fizikal atau mental.
  8. Kes remaja bermasalah contohnya remaja yang hamil, penagih dadah.
  9. Kes warga tua – Pengabaian dan masalah penjagaan warga emas
  10. Komuniti berisiko contohnya komuniti yang tinggal di tempat pembuangan sampah, setinggan, penghuni rumah flat dan sebagainya.

Sumber-Sumber Bantuan

Pegawai Kerja Sosial Perubatan menjalankan usaha untuk mendapatkan sumber-sumber bantuan kepada pesakit melalui rujukan kepada pelbagai agensi yang boleh membantu pesakit. Rujukan kepada agensi dibuat setelah siasatan sosial dijalankan dan mengesahkan pesakit dikategori golongan yang layak menepati kriteria yang ditetapkan berserta surat permohonan secara rasmi dan dokumen pengesahan. Antara sumber-sumber bantuan kepada pesakit samada agensi kerajaan atau agensi bukan kerajaan adalah seperti berikut:

  1. Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di bawah Kementerian Kesihatan.
  2. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM).
  3. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  4. Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Pungutan Zakat.
  5. Yayasan Kebajikan Negara.
  6. Jabatan Perkhidmatan Awam.
  7. Jabatan Veteran Angkatan Tentera.
  8. Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
  9. Persatuan Penyaraan dan Pemeliharaan Kanak-kanak Malaysia (MACAS).
  10. Majlis AIDS Malaysia.
  11. Persatuan Masyarakat Penyayang.
  12. Lion’s Club.
  13. Rotary Club.
  14. Rumah Ehsan Haluan Perlindungan Wanita dan Gadis.
  15. Rumah Kebajikan Mutiara Kasih.

Kesimpulan

Kesimpulannya peranan perkhidmatan kerja sosial perubatan menekankan dua prinsip di bawah:

  1. Membantu meningkatkan kefungsian sosial pesakit termasuk keluarganya supaya mampu menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari bersesuaian dengan batas keupayaan pesakit akibat daripada penyakit yang dialami.
  2. Memberikan perkhidmatan kerja sosial perubatan secara profesional dalam membantu mengatasi masalah psikososial pesakit-pesakit mengikut keperluan dan jenis penyakit berasaskan kepada konsep penjagaan pesakit secara menyeluruh (Total Patient Care).

Kepentingan memakai face mask

Artikel kali ini khusus untuk membincangkan secara lebih terperinci tentang face mask yang pada hari ini ianya telah menjadi sebahagian dari hidup anda seperti mana sebuah telifon bimbit yang dibawa ke mana sahaja anda pergi. Norma baru bagi seluruh dunia dan mahu tidak mahu anda terpaksa mengubah cara hidup sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan dengan keadaan sekarang agar tahap kesihatan dan keselamatan anda sentiasa di tangga yang teratas. Apa sebenarnya kepentingan memakai face mask untuk anda dan orang lain?

Statistik keberkesanan face masks kepada Covid-19

Statistik rakyat Malaysia yang memakai face mask di tempat awam dari Februari 2020 sehingga April 2021 menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dengan keseluruhan melebihi 80%.

Ini jelas menunjukkan yang rakyat Malaysia sudah mula menerima kesedaran dan membuka mata tentang kepentingan face masks untuk perlindungan diri dan orang lain di kala virus pandemik ini berleluasa di seluruh dunia khususnya Malaysia

Mengurangkan 95% pernafasan yang menghantar virus sejauh 6 kaki

Kajian terdahulu hanya memberikan isyarat bahawa COVID-19 boleh tersebar dengan titisan cecair dari individu yang positif kepada individu lain. Namun kajian baru-baru ini telah membuktikan penemuan baru bahawa COVID-19 boleh merebak melalui udara walaupun tidak duduk secara berdekatan. Dengan face mask dan double face mask yang telah disarankan oleh kerajaan ia mampu memberikan lapisan demi lapisan perlindungan yang sangat kuat dari tersebarnya virus tersebut kepada orang lain.

Mengelakkan kuman tersebar dari satu individu ke individu yang lain

Bakteria dan virus adalah dua perkara yang berbeza. Persamaan kedua-duanya adalah ia sangat penting dalam dunia perubatan dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Manakala dari segi kesannya, virus akan memberi kesan yang berbahaya keseluruhannya kepada tubuh badan manusia sebaliknya ada di antara bakteria yang baik untuk kesihatan manusia seperti Loctabacillus yang membantu dalam percernaan.

Apa yang sedang dihadapi dunia saat ini adalah anda sedang berdepan dengan virus yang membunuh manusia hampir berjuta-juta orang. Namun begitu, di samping Coronovirus yang memang jelas memberikan risiko yang tinggi kepada mereka yang terlibat dalam masa yang sama bakteria juga boleh merebak sekiranya individu tersebut negatif COVID-19.

Maksudnya di sini sekiranya, individu itu bersin atau batuk tidak semestinya mereka positif COVID-19 selagi tidak disahkan dengan tepat oleh ujian makmal seperti swab test RT-PCR atau RTK Antigen. Mereka yang bersin dan batuk juga boleh mendedahkan orang lain untuk dijangkiti kuman dari cecair titisan yang terkena pada wajah dan anggota badan sehingga menyebabkan orang turut mengalami batuk dan selsema biasa. Dengan pemakaian face mask yang betul, anda sememangnya telah berusaha untuk menghindarkan diri dari virus ini. Ini adalah usaha yang sangat berkesan untuk membantu kerajaan mengurangkan lagi kadar jangkitan dan kematian akibat COVID-19.

Menjaga kesihatan dan keselamatan diri, keluarga, dan orang sekeliling

Siapa sangka dengan sekeping face mask sahaja, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda sama ada di ambang bahaya atau sihat sejahtera. Kadang kala masyarakat tahu akan kepentingan face mask ini tetapi kerana mereka mementingkan diri sendiri dan mengambil sikap sambil lewa, segalanya yang mudah telah menyukarkan lagi orang lain.

Vaksin adalah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit; ia sering diperolehi sama ada daripada mikroba yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun-racunnya yang terhasil mahupun salah satu protein permukaannya. Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisma yang ditemuinya di lain masa. Vaksin boleh bersifat profilaktik (mencegah atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan akan datang dengan apa-apa patogen asli atau "liar") mahupun terapi (vaksin melawan kanser sedang diselidiki, misalnya).

Proses pengendalian vaksin ke dalam badan dikenali sebagai vaksinasi (atau pemvaksinan). Keberkesanan vaksinasi telah lama dikaji secara menyeluruh serta diberikan pengesahannya; seperti pada vaksin influenza, vaksin HPV serta vaksin cacar air. Kaedah ini dilihat merupakan suatu langkah pencegahan penyakit yang paling efektif. Sebuah laporan hasil Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak dua puluh jenis jangkitan dapat dikawal serta dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang berlesen.

Sejarah pembangunaan

Istilah vaksin dan vaksinasi berakar daripada nama saintifik untuk cacar lembu iaitu Variolae vaccinae. Konsep vaksinasi ini pertama kalinya diilhamkan oleh Edward Jenner, seorang doktor dari England melalui tajuk jurnalnya yang terbit tahun 1798 bertajuk Inquiry into the...Variolae vaccinae...known...[as]...the Cow Pox di mana Jenner menggambarkan kesan-kesan perlindungan daripada pendedahan kepada cacar lembu terhadap cacar biasa.

Pada tahun 1881, saintis Perancis Louis Pasteur mencadangkan agar istilah-istilah tersebut dikembangkan untuk inokulasi perlindungan baru yang dihasilkan ketika waktu itu sebagai memperingati Jenner.

Keberkesanan

Vaksin dikenali dalam sejarah sebagai suatu cara yang berkesan untuk melawan dan membasmi penyakit berjangkit, namun keberkesanannya ada juga batasnya. Perlindungan kadangkalanya gagal kerana sistem imun badan tidak dapat bertindak balas dengan secukupnya mahupun secara langsung. Tindak balas yang kurang biasanya berlaku daripada faktor-faktor kesihatan yang wujud seperti diabetes, penggunaan steroid, HIV ataupun usia.[petikan diperlukan] Vaksin boleh juga gagal berkesan disebabkan faktor genetik seperti tiadanya strain sel B yang boleh menghasilkan antibodi yang sesuai bertindak balas serta bergabung dengan antigen yang menghasilkan patogen.

Keberkesanan atau prestasi vaksin bergantung kepada beberapa faktor:

  • penyakit itu sendiri (ada vaksinasi yang lebih berkesan terhadap sesetengah penyakit orang lain)
  • strainvaksin (ada beberapa vaksin khusus, atau setidaknya yang paling efektif melawan, strain penyakit-penyakit yang tertentu)
  • sama ada perjadualan vaksin telah dilaksanakan dengan baiknya.
  • Tindak balas pelik terhadap vaksinasi: ada sesetengah golognan yang malar terhadap tertentu, di mana mereka tidak akan menghasilkan antibodi meskipun vaksinasi dilakukan dengan betul.
  • berbagai faktor lain seperti etnik, usia mahupun kecenderungan genetik.

Jika seorang individu yang telah disuntik dengan vaksin menzahirkan penyakit yang bertindak melawan vaksin (breakthrough infection), penyakit ini barangkali kurang menular berbanding pada mangsa-mangsa yang tidak menjalani pemvaksinan.

Vaksin-vaksin telah menyumbangkan kepada pembasmian cacar, salah satu penyakit yang paling berjangkit dan boleh membawa maut kepada manusia. Jangkitan penyakit-penyakit lain seperti rubella, poliodemam campak, gondok, cacar air dan tipus tidak lagi berlaku sekerap seratus tahun yang lalu. Wabak penyakit kini lebih sukar untuk berlaku mahupun tersebar dengan adanya banyak orang yang menjalani vaksinasi. Kesan ini adalah dipanggil imuniti kelompok. Polio, yang dihantar hanya antara manusia, menjadi sasaran sebuah kempen pembasmian meluas yang telah megehadkan perebakan penyakit tersebut kepada kawasan-kawasan tertentu di tiga negara iaitu AfghanistanNigeria, dan Pakistan). Bagaimanapun, kesukaran mencapai semua kanak-kanak serta salah faham dengan masyarakat telah menyebabkan tempoh pembasmian penyakit tersebut dilewatkan beberapa kali.

Kebarangkalian kesan sampingan

Vaksinasi yang diberikan sewaktu usia kanak-kanak biasanya selamat dan kesan buruk yang ada selalunya wujud pada tahap yang sederhana; hal sedemikian kerana tubuh badan bertindak balas menghadapi agen yang disangka menjangkit dan membahayakan badan.

Kadar kesan sampingan yang wujud bergantung kepada jenis vaksin itu sendiri. Kesan yang biasa dan lazim termasuk demam, kesakitan di ruang sekitar serta otot tempat suntikan, mualsakit kepala dan muntah. Sesetengah individu juga boleh mempunyai alahan terhadap bahan-bahan yang ada dalam vaksin.

Kesan sampingan yang ketara amat jarang sekali berlaku.

Jenis-jenis vaksin

Vaksin terdiri daripada organisma yang mati ataupun dinyahaktifkan atau bahan-bahan hasilan yang diekstrakkan daripada mereka.

Terdapat beberapa jenis vaksin yang digunakan. Vaksin-vaksin ini mewakili strategi berbeza yang digunakan sebagai percubaan mengurangkan risiko penyakit sambil mengekalkan kebolehan badan untuk mendorong tindak balas imun yang bermanfaat.

Vaksin yang tidak teraktif

Sesetengah vaksin mengandungi mikroorganisme yang tidak teraktif akibat tindakan kimia, haba, radiasi mahupun antibiotik; contohnya vaksin influenza, vaksin kolera atau taun, vaksin Hepatitis A serta vaksin penyakit anjing gila.

Vaksin yang teratenuat

Sesetengah vaksin mempunyai mikroorganisma yang hidup tapi teratenuat yakni mikroorganisma seperti virus yang telah dihasilkan dalam persekitaran yang membantutkan daya penularan mereka, ataupun yang menggunakan organisme yang sekeluarga tetapi kurang berbahaya untuk menghasilkan tindak balas imun yang lebih meluas. Kebanyakan vaksin yang teratenuat ini bersifat viral, walau bagaimanapun ada juga vaksin yang bersifat bakterial. Antara contoh-contoh vaksin yang berjenis sebegini adalah yang diperolehi dariapada demam kuningdemam campakrubella, serta tifus.

Vaksin toksoid

Vaksin toksoid ialah vaksin yang mengandungi toksoid atau toksin yang sudah dinyahaktifkan. Antara contoh vaksin jenis ini ialah toksoid tetanus dan difteria.

Vaksin subunit

Vaksin subunit mengandungi antigen tulen daripada menggunakan seluruh mikroorganisma (sama ada berupa toksoid, fragmen subseluler, atau molekul permukaan) yang diangkut oleh pembawa yang berbeda. Tindak balas imun terhadap vaksin subunit berbeda berdasarkan antigen yang digunakan. Antigen protein biasanya menimbulkan tindak balas imun adaptif bergantung kepada sel T utamanya sedangkan antigen polisakarida menghasilkan tindak balas yang bebas daripada keberadaan sel jenis.[18] Contoh vaksin subunit: acellular pertussis (aP), Haemophilus influenza type b (Hib), pneumococcal (PCV-7, PCV-10, PCV-13), dan hepatitis B (HepB).

Vaksin konjugat[

Vaksin konjugat dapat didefinisikan sebagai subkelas vaksin subunit kerana adanya penggunaan pembawa protein untuk membawa antigen berasaskan polisakarida.

Penghasilan

Penghasilan vaksin mempunyai beberapa peringkat. Antigen sendiri dihasilkan terlebih dahulu. Virus-virus dibesarkan sama ada di sel utama seperti telur ayam (untuk influenza misalnya) ataupun di baris sel yang berterusan seperti sel-sel manusia berkultur (contohnya vaksin untuk hepatitis A). Bakteria mengalami proses tumbesaran di dalam bioreaktor (contohnya, Haemophilus influenzae jenis b). Protein berkombinasi yang berasal dari virus atau bakteria boleh dihasilkan melaui proses sama dengan ragi, bakteria, atau kultur-kultur sel sebagai bahan mentah.

Selepas antigen dihasilkan, ia diasingkan dari sel-sel penghasil. Virus mungkin perlu dinyahaktifkan tanpa perlunya pembersihan tambahan. Kombinasi protein perlu banyak operasi yang melibatkan ultraturasan dan ruangan kromatografi. Di tahap akhir penghasilan, vaksin dirumuskan dengan penambahan pembantu (adjuvant), penstabil, serta pengawet mengikut keperluan. Pembantu ataupun adjuvant meningkatkan tindak balas imun antigen, penstabil memanjangkan jangka hayat penyimpanan sementara pengawet bertindak membantu penyimpanan vaksin-vaksin dalam botol multidos.

Vaksin berkombinasi lebih rumit untuk dibangunkan dan dihasilkan atas kemungkinan antigen-antigen tidak serasi ataupun mudah bertindak balas dengan bahan-bahan kimia tambahan di dalam vaksin

Pelitup muka atau facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain. Namun, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap, penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain.


Terdapat 2 jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan tersebut iaitu pelitup muka perubatan (medical) dan pelitup muka bukan perubatan (non-medical). Pelitup muka perubatan seperti 3 ply surgical mask, pada kebiasaannya digunakan oleh petugas kesihatan. Namun ianya juga disarankan bagi orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan. Di kawasan di mana jangkitan COVID-19 berlaku dan penjarakan fizikal sukar diamalkan, pemakaian 3 ply surgical masks juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas) dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.


Penggunaan pelitup muka bukan perubatan adalah disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan seperti dalam pengangkutan awam, tempat kerja, kedai runcit dan persekitaran yang sesak. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis pelitup muka bukan perubatan di pasaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:


  1. i) Lapisan paling dalam yang hidrofilik iaitu bersifat menyerap air (misalnya kapas atau campuran kapas);

  2. ii) Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan hidrofobik iaitu bersifat menghindar penyerapan air (misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya) yang boleh menghadkan pencemaran dari luar dari menembusi masuk ke hidung dan mulut pemakai; dan


iii) Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.
Namun, terdapat pelbagai pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik yang dijual di pasaran yang mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh WHO. Walaubagaimanapun, pelitup muka tersebut boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua (2) tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan. Pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.

JEREBU

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU

Status

0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

301 - 500

Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    asma 
    • bronkitis 
    • radang paru-paru 
    • penyakit paru-paru yang kronik 
    • jantung 
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
    • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
    • Mata terasa pedih dan berair.
    • Hidung berair dan kerap bersin.
    • Kulit badan terasa gatal-gatal.
    • Terasa sakit dada.

penyakit kesan jerebu
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

 

 

 

 

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.