Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria.

Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.

Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol. Antaranya ialah:

  • Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan;
  • Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan. 

Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk ini tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema, atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.

Jika doktor anda hendak memastikan diagnosis itu betul, anda boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria pertussis tersebut.

Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.

X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pneumonia menjadi komplikasi daripada batuk dan jangkitan pernafasan yang lain.  

Untuk merawat batuk pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebabpertussis, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.

Tetapi jika batuk anda didiagnosis lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.

Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.

Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.

Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.

Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan di rumah.

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani pertussis ini:

  • Minum air secukupnya. air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda;
  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk;
  • Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  • Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Soalan 1: Apakah Influenza?

Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerapkali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Soalan 2: Apakah Gejala Influenza?

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dalam kalangan kanak-kanak)

Kerapkali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.

Soalan 3: Bagaimana Cara Penularan Influenza?

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Soalan 4: Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dan lain-lain)

Soalan 5: Adakah Terdapat Rawatan yang Khusus bagi Influenza?

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, di mana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Soalan 6: Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza?

Jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan. Individu berumur 6 bulan ke atas layak untuk mendapat vaksinasi ini. Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

Selain dari mendapatkan vaksin Influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer,
  1. Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau pelitup muka,
  • Buang tisu atau pelitup muka ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ia digunakan,
  1. Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter,
  2. Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan pelitup muka.

Soalan 7: Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?

Vaksin Influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin Influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus Influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus Influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.

Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak. Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut. Di antara Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group. Majoriti memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), manakala tujuh kes (4%) telah disahkan meninggal dunia. 57% daripada kes MIS-C terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti. Perhatikan simptom-simptom ini yang menunjukkan perlunya dirujuk kepada pakar klinikal atau dihantar ke hospital. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera. Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.

Apa itu batuk kokol?

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Apakah kebarangkalian batuk ini?

Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.

Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.

Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.

Anda boleh mendapat:

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

  • Merangsang untuk muntah;
  • Menyebabkan muka menjadi merah atau biru;
  • Menyebabkan kepenatan melampau;
  • Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:

  • Muntah;
  • Bertukar menjadi merah atau biru;
  • Sukar bernafas atau anda sedar pernafasannya terhenti seketika;
  • Menarik nafas dengan bunyi “whoop”

Diet yang seimbang mengandungi nutrien yang lengkap untuk tubuh badan. Nutrien yang diperlukan juga berbeza-beza mengikut usia.

Perbezaan ini juga dipengaruhi oleh faktor jantina dan kesihatan individu-individu yang berbeza.

Anda boleh menggunakan panduan berikut untuk memastikan anda mempunyai diet yang seimbang dalam kehidupan seharian. Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi,karbohidrat,
protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi..Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.Makanan seimbang seharusnya memberi :

  1. Tenaga makanan yang mencukupi
    ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
    iii. Kandungan fiber yang mencukupi
    iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak