Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.

Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.

Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.

Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)

Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.

Rawatan Dan Pengendalian

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Jika Mengalami Kemurungan?

  1. Bercakap dengan seseorang yang anda percayai
  2. Terima hakikat bahawa anda mungkin menghidap kemurungan
  3. Dapatkan bantuan professional
  4. Amalkan cara hidup sihat
  5. Elakkan pengambilan alcohol dan dadah

  1. Amalkan makanan sihat
  2. Bijak menangani stress
  3. Kawal berat badan
  4. Sihat tanpa alcohol
  5. Kawal tekanan darah
  6. Tidak merokok
  7. Bersenan selalu
  8. Kawal diabetes
  9. Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Tabiat merokok telah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti. WHO melalui kenyataan yang telah dikeluarkan pada 27 Mei 2020, dan disokong dengan beberapa kajian yang dijalankan mendapati golongan perokok adalah berisiko TINGGI untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti virus COVID-19. COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosotkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronavirus dan penyakit- penyakit lain. Penelitian dan analisa awal berkaitan sejarah merokok telah dijalankan ke atas 86 kes daripada 115 kes COVID-19 yang telah meninggal dunia di Malaysia, didapati 19.8 peratus adalah terdiri daripada golongan perokok. KKM berharap agar lebih ramai lagi perokok proaktif dan mengambil tanggungjawab untuk bertindak segera demi menjaga kesihatan diri sendiri

Anda tidak pernah terlalu tua atau terlalu muda untuk menyedari mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung. Semakin cepat anda mengamalkan tips kesihatan jantung, semakin besar manfaatnya untuk diri.

Kepentingan menjaga kesihatan jantung anda

Sebaiknya, penjagaan jantung harus bermula sedari awal dan berterusan sepanjang hayat. Namun kebanyakan daripada kita sering mengabaikannya sehinggalah sudah berusia.

Anda tidak pernah terlambat untuk mula mengamalkan sebarang tips menjaga kesihatan jantung.

Memahami fungsi jantung

Mengapa pentingnya untuk mengamalkan tips kesihatan jantung?

Umumnya, hati mempunyai tugas penting dalam memastikan tubuh terus berfungsi.

- Ia mengepam darah melalui sistem peredaran darah untuk menyuburkan organ dan tisu dalam badan anda.

- Apabila usia semakin meningkat, ia boleh mengubah komposisi saluran darah dan arteri, sekali gus menyekat aliran darah ke tubuh.

- Arteri boleh menjadi tempat pengembangan plak, yang boleh menyekat aliran darah bebas dari dan ke jantung.

- Plak adalah bahan lilin yang dapat menyumbat arteri dan mengurangkan aliran darah jantung.

- Kesannya menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk menaikkan kadar degupan jantung atau tekanan darah.

- Lama-kelamaan, keadaan ini mengakibatkan aliran darah terhad dan melemahkan jantung – ini yang menjadi punca pelbagai penyakit jantung.