Diet yang seimbang mengandungi nutrien yang lengkap untuk tubuh badan. Nutrien yang diperlukan juga berbeza-beza mengikut usia.
Perbezaan ini juga dipengaruhi oleh faktor jantina dan kesihatan individu-individu yang berbeza.
Anda boleh menggunakan panduan berikut untuk memastikan anda mempunyai diet yang seimbang dalam kehidupan seharian. Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi,karbohidrat,
protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi..Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.Makanan seimbang seharusnya memberi :
- Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak
Atasi dehidrasi ketika berpuasa dengan 8 gelas air, iaitu :
- Bangun sahur
- Semasa sahur
- Semasa bebuka
- Selepas berbuka
- Selepas solat Isyak
- Semasa teraweh
- Semasa moreh
- Sebelum tidur
Dos Tambahan |
Dos Penggalak |
Dos vaksin yang diberikan kepada penerima yang tidak mendapat rangsangan imun yang mencukupi selepas menerima vaksin primasry series |
Diberi kepada penerima vaksin primary series yang telah mendapat rangsangan imun yang mencukupi tetapi lemah selepas 6 bulan menerima vaksin |
Diberikan sekurang-kurangnya selepas 28 hari selepas dos lengkap |
Diberikan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos lengkap |
Individu yang mempunyai imuniti rendah seperti pesakit kanser,penerima organ, pesakit buah pinggang yang menjalani dialysis |
Sasaran adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan ATM |
Pemberian vaksin diberikan di fasiliti kesihatan terpilih dibawah pemantauan pakar perubatan |
Pemberian vaksin diberikan melalui janji temu aplikasi MySejahtera atau pesanan ringkas atau panggilan telefon daripada Pusat Pemberian Vaksin |
Sedihnya bila mendengar Kru Aziz M Osman terlibat dalam kemalangan dan satu nyawa telah terkorban yang mungkin disebabkan microsleep. Anda yang ingin pulang ke kampung hari ini dan esok boleh ambil iktibar daripada kejadian microsleep ini. Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan TIDAK akan menyebabkan anda lebih alert. Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria anda mula tidak responsive. Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng. Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan. Untuk mencegah tragedi ngeri
Berhenti di tempat selamat.
Lakukan Power Nap sekurang kurangnya 5-20 minit
Berehat setiap 2 jam perjalanan
Tukar pemandu & tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu.
Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi orang yang disayangi
- Menurunkan Berat Badan
Berat yang berlebihan biasanya dikaitkan dengan masalah kolesterol yang tinggi. Menurunkan berat badan boleh menurunkan tahap kolesterol anda kerana ia boleh mengurangkan jumlah lemak yang ada dalam badan anda.
Anda boleh mula mengambil tindakan dengan melakukan perubahan-perubahan yang kecil seperti mengambil makanan rendah kalori, kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis, mengawal kuantiti makanan yang diambil dan sebagainya. Kurangkan juga pengambilan makanan kolesterol tinggi seperti daging, telur, produk tenusu dan makanan proses.
Individu yang kehilangan sekurang-kurangnya 10 paun atau 4.5 kg sudah cukup untuk menurunkan tahap kolesterolnya. Pengurangan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada berat badan mereka dapat mengurangkan tahap LDL dan jumlah kolesterol dalam badan.
- Berhenti Merokok
Tabiat merokok boleh menjejaskan tahap kolesterol dalam badan anda. Anda akan menjadi lebih sihat jika anda berhenti merokok sekali gus membantu menurunkan tahap kolesterol anda.
- Dalam masa 20 minit selepas berhenti merokok, tekanan darah dan degupan jantung anda bertambah baik
- Dalam masa tiga bulan selepas berhenti merokok, peredaran darah dan fungsi paru-paru anda mula bertambah baik
- Dalam tempoh setahun selepas berhenti merokok, peratus risiko penyakit jantung anda separuh lebih rendah berbanding sekiranya anda merokok
- Bersenam & Gaya Hidup Aktif
Gaya hidup aktif juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda. Bersenam di rumah misalnya boleh membantu meningkatkan HDL yang merupakan kolesterol baik. Bergantung pada nasihat doktor anda, lakukan senaman ringan selama 30 minit sekurang-kurangnya lima kali seminggu atau aktiviti aerobik yang lebih mencabar selama 20 minit sebanyak tiga kali seminggu. Pertimbangkan aktiviti-aktiviti seperti:
- Berjalan pantas (brisk walk)
- Berbasikal
- Senamrobik
- Diet Pemakanan
Melakukan beberapa perubahan dalam diet anda juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dan dalam masa yang sama meningkatkan kesihatan jantung. Bagaimana cara untuk menurunkan kolesterol dengan diet? Ikuti langkah-langkah di bawah ini:
Elakkan Makanan dengan Lemak Trans
Lemak trans akan meningkatkan tahap kolesterol keseluruhan. Elakkan makanan seperti marjerin, kentang goreng dan kebanyakan snek kerana makanan sebegini mempunyai asid lemak trans yang tinggi.
Kurangkan Pengambilan Makanan Lemak Tepu
Lemak tepu paling tinggi datang daripada haiwan dan makanan berasaskan haiwan seperti mentega, susu penuh krim, keju, mayonis, lemak daging dan sebagainya. Pengambilan secara berlebihan akan meningkatkan kadar kolesterol anda.Pengambilan lemak tepu secara bersederhana boleh mengurangkan kadar LDL atau kolesterol jahat.
Perbanyakkan Pengambilan Makanan Tinggi Serat, Serat Larut
Serat larut mampu mengurangkan serapan kolesterol di dalam aliran darah anda. Serat larut boleh didapati daripada makanan seperti oat dan kekacang serta buah-buahan seperti epal dan pir.
- Makan Ubat, Suplemen Jika Perlu
Jika doktor anda mengesyorkan ubat atau suplemen untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ambil seperti yang ditetapkan sambil menjalankan gaya hidup baharu yang lebih aktif. Perubahan gaya hidup boleh membantu anda mengekalkan pengambilan dos ubat yang rendah.
Diet dan aktiviti fizikal yang sihat boleh membantu ramai orang mencapai tahap kolesterol yang sihat, tetapi sesetengah pesakit mungkin memerlukan ubat untuk menurunkan kolesterol mereka.