1. 1) Gula dalam badan meningkat
  2. 2) Berat meningkat
  3. 3) Obesiti
  4. 4) Mudah lupa/konsentrasi teruk
  5. 5) Reflux/asid perut/GERD
  6. 6) Sakit jantung

Tanda :

  1. Demam
  2. Loya/Muntah
  3. Letih/lesu
  4. Kurang selera makan
  5. Sakit Perut
  6. Mata/Kulit menjadi kuning
  7. Sakit perut

Pencegahan :

  1. Membasuh buah-buahan dan ulaman sebelum dimakan
  2. Gunakan bekalan air bersih serta system kumbahan yang teratur
  3. Kerap basuh tangan selepas keluar dari tandas dan sebelum makan
  4. Makan masakan yang telah dimasak sempuran dan tudunga makanan agar tidak dihinggapi lalat

Faktor penyebaran :

  1. Makan makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat
  2. Pembuangan najis yang tidak sempurna
  3. Tidak mengamalkan mencuci tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air

Mengapakah anda harus memilih senaman berjalan?

Berdasarkan NHMS 2019, 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia tidak aktif secara fizikal. Amalan tidak aktif ini adalah antara faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan diabetes. Berjalan adalah senaman yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang Hebat. Senaman berjalan juga meningkatkan paras hormon endorphin yang boleh meningkatkan perasaan seseorang dan membawa perasaan yang riang. Jadikanlah senaman berjalan sebagai tabiat gaya hidup anda

Obesiti meningkatkan risiko :

  1. Strok
  2. Diabetes
  3. Vena Varikos
  4. Kematian pra matang
  5. Tekanan darah tinggi
  6. Arthritis (Sakit sendi)
  7. Serangan jantung

Saringan obesiti adalah perlu kerana dengan menghitung BMI, pesakit boleh mengetahui status kesihatan. Jika BMI berada di skala yang tidak normal, pesakit tersebut boleh ke klinik atau hospital berdekatan untuk mengenal pasti faktor risiko obesiti. Seterusnya pesakit tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan berat badan. Jika perlu, pesakit akan di beri rawatan sewajarnya. Pesakit juga boleh mendapatkan kaunseling untuk merawat obesiti.

Pesakit di galakkan menghitung BMI sekurang-kurangnya 3 – 4 bulan sekali atau setiap kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Penurunan berat badan akan menurunkan BMI dan penyakit kronik yang dihidapi akan lebih mudah di kawal.

Penurunan BMI juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti tersenarai di atas.

Modaliti Saringan Kegemukan (Obesiti)

Pengiraan BMI hanya memerlukan alat penimbang berat badan dan pengukur ketinggian. Berat badan adalah dalam kilogram sementara ketinggian di dalam meter.

Rawatan Dan Pengendalian

Pesakit yang mempunyai obesiti perlulah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Terdapat beberapa ubatan obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimana pun, pembedahan juga adalah satu pilihan rawatan dan pakar bedah akan mengendalikan kes-kes obesiti rumit.