Terdapat 10 Klinik Desa di Daerah Bentong Klinik Desa Bukit Tinggi, Klinik Desa Sungai Dua, Klinik Desa Janda Baik, Klinik Desa Jambu Rias,Klinik Desa Kemasul, Klinik Desa Sri Layang, Klinik Desa Kampung Jawi-Jawi, Klinik Desa Sungai Penjuring, Klinik Desa Kampung Lebu, dan Klinik Desa Felda Sertik.

Merokok membahayakan kesihatan, bukan sekadar diri sendiri,bahkan orang sekeliling. Antara petua berhenti merokok adalah menjauhi orang yang merokok, melengah-lengahkan, mengelakkan diri dari suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok, elakkan minuman berkafein, menyibukkan diri untuk mengalihkan perhatian, mandi dengan kerap, menarik nafas panjang secara perlahan-lahan, mengunyah buah-buahan atau gula-gula getah, melakukan senaman ringkas, selalu membasuh tangan dan memohon doa.

Kanser Mulut adalah ketumbuhan tisu yang tidak normal (tisu ganas) di dalam mulut. Tumor ganas atau tumor malignan terbentuk apabila sel-sel tubuh membesar dan bertambah secara berlebihan. Ketumbuhan tisu yang tidak normal ini berlaku akibat pendedahan kepada radikal bebas. Radikal bebas banyak terbentuk dengan tabiat merokok dan meminum alkohol. Antara tanda-tanda kanser mulut adalah ulser yang tidak sembuh dalam masa 2 minggu, benjolan atau bengkak dalam mulut atau pada leher dan kepala, dan tompok merah atau putih dalam mulut. Faktor terjadinya kanser mulut adalah mrokok dan vape, pemakanan dan diet tidak seimbang, mengunyah tembakau dan sireh, alcohol dan Human Papilloma Virus (HPV). Ia merupakan kanser keenam yang paling kerap dijumpai. Mengakibatkan sekitar 350,000 kematian setiap tahun. Kadar kemandirian adalah kurang daripada kanser serviks, kulit dan payudara. Paling banyak dijumpai dikalangan wanita India. Dikaitkan dengan pengunyahan daun sirih dan pinag serta gambir. Kanser mulut boleh dirawat dengan keberkesanan yang lebih tinggi jika dikesan awal. Terdapat 4 jenis rawatan yang boleh dilakukan, iaitu pembedahan, radioterapi, kimoterapi, dan penjagaan paliatif. Pembedahan boleh dilakukan ditahap awal untuk membunag seluruh tisu kanser yang telah merebak ke leher dan kelenjar limfa. Radioterapi dilakukan dengan X-ray berkuasa tinggi selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser yang tertinggal atau sebelum pembedahan untuk mengecilkan tumor. Kimoterapi merupakan penggunaan bahan anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Biasanya diberi secara suntikan dan pesakit perlu berada diwad selama beberapa hari. Penjagaan paliatif adalah penjagaan yang diberikan kepada pesakit ditahap 3 dan 4 yang tidak dapat dibedah atau dirawat lagi untuk mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan keselesaan.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotip yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotip cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti[2] (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus). Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy). Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh dan pendermaan apheresis. Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak dikembalikan ke dalam badan penderma. Darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali.  Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma. Penderma darah diberikan pelbagai kemudahan kesihatan seperti tidak dikenakan cas untuk khidmat perubatan dan wad selepas tempoh tertentu mengikut bilangan menderma. Antara kriteria penderma adalah sihat, mempunyai berat melebihi 45kg, tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh dan 2 minggu untuk penderma apheresis. Biasanya darah di ambil sebanyak 450ml dari 50kg berat badan penderma. Terdapat pelbagai kelebihan kepada penderma, seperti meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan kalori dan mengurangkan risiko kanser