Pada 17 Mac 2018 telah berlangsung program Fit Malaysia di Dataran Bentong. Dihadiri oleh 8000 ribu pengunjung berikutan kedatangan dan penglibatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bentong dan Pegawai Daerah Bentong. Acara larian dan kayuhan basikal di sertai oleh ketiga-tiga mereka. Aktiviti lain yang di jalankan adalah zumba, sukaneka, pameran dari agensi kerajaan, cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Ternyata sangat ramai yang menyertai setiap acara yang dijalankan. Ramai yang ingin bersenam dan menyihatkan badan. Ramai yang menyertai bersama kawan – kawan dan ahli keluarga.
Bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste adalah barang-barang kelengkapan/peralatan yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual kerana mempunyai ciri-ciri seperti kebolehnyalaan, menghakis, bertindakbalas dan juga toksik. E-waste merupakan satu masalah yang dikategorikan sebagai serius dan perlukan perhatian daripada semua pihak kerana ianya memberi impak kepada kesihatan manusia dan merupakan satu ancaman kepada alam sekitar.. Elemen-elemen berbahaya di dalam e-waste boleh memberi kesan jangka pendek dan juga kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia. Contoh buangan e-waste adalah televisyen,penyaman udara, komputer, dan lain-lain lagi. Pihak Pusat Internet (PI) di bawah seliaan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) menerima bahan e-waste dari penduduk setempat. Bahan tersebut akan diserahkan kepada SKMM mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Pada 2 Januari 2018, bermula penggal persekolahan yang baru. Pada awal tahun begini, aktiviti merentas desa dilaksanakan oleh kebanyakan sekolah. Walaupun cuaca lebih sejuk berbanding biasa kerana hujan yang kerap, aktiviti ini masih dapat diteruskan. Pelajar juga kelihatan lebih gembira dan bersemangat kerana dapat melakukan aktiviti dalam keadaan yang mendung dan sejuk. Keletihan agak kurang dirasai dengan cuaca sedemikian.
Pendermaan organ atau tisu adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ pada tahap akhir. Pemindahan organ (transplan) merupakan kaedah rawatan yang terbukti berkesan dan dapat menyelamatkan nyawa pesakit manakala transplan tisu dapat membaikpulih kehidupan pesakit. Pemindahan organ tidak akan berlaku sekiranya tiada penderma. Di Malaysia, hanya penderma yang meninggal dunia secara mati otak sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Manakala penderma yang meninggal dunia secara biasa (jantung terhenti) hanya boleh mendermakan tisu. Organ dan tisu yang boleh di dermakan adalah paru-paru, jantung, hati, buah pinggang, mata, injap jantung, tulang dan kulit. Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.
Pusat Internet Taman Muhibbah telah membuat satu sudut kesihatan. Satu sudut untuk mengukur ketinggian dan menimbang berat pengunjung yang datang ke PI Taman Muhibbah. Sudut ini banyak memberi kesedaran kepada pengunjung, seperti mula menjaga pemakanan dan menurunkan berat badan apabila mendapati berat berlebihan. Bagi ketinggian pula, ramai yang berasa seronok kerana mencapai ketinggian yang bersesuaian.