Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong dengan kerjasama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Pekan telah mengadakan program kesukarelawan ILKBS bertempat di Pusat Komuniti , Batu 1 Jalan Tras, Bentong. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar ILKBS Pekan, Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong serta NGO dan badan Sukarelawan Bentong telah menyertai program kesukarelawan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat pusat komuniti, kerja-kerja wiring serta baik pulih pusat komuniti. Program tersebut bermula seawal 8.00 pagi. Tujuan program kesukarelawan ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kesukarelawan di kalangan belia khususnya dan menggunakan kemahiran sedia ada bagi pelajar ILKBN bagi membantu membaik pulih kemudahan untuk komuniti setempat. Antara VIP yang turut hadir ialah wakil Ahli Parlimen Bentong , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong serta tenaga Pengajar ILKBN Pekan. Program tersebut tamat pada jam 2.00 petang.
Tahukah anda semua mengenai dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar 1M1S diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid mendapatkan faedah daripada pembabitan dalam sukan, khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Selain itu, objektif 1M1S diwujudkan bertujuan membentuk sahsiah, jati diri, displin atau nilai murni seseorang sekaligus mewujudkan budaya bersukan dalam kalangan generasi muda. Dasar 1M1S juga memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan "Learning Through Play" dan juga memberi keseimbangan antara keperluan akademik dan fizikal. Setiap murid termasuk calon dengan keperluan khas yang tidak mempunyai masalah kesihatan wajib mengambil bahagian sekurang kurangnya satu jenis sukan. Namun demikian, bagi mereka yang ingin menyertai lebih daripada satu sukan di sekolah, tidak akan menjadi masalah. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh Kejohanan Merentas Desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah digunakan sama bagi pelaksanaan dasar ini. Dasar 1M1S ini diwajibkan bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah rendah. Untuk sekolah menengah pulan, pelajar Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 diwajibkan mengikuti program ini. Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlois Sukan Sekolah Daerah (MSSD) atau Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) atau Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa ialah aktiviti di bawah Dasar 1M1S.
Klinik Kesihatan membawa peranan yang sangat penting kepada masyarakat. Terdapat tujuh buah klinik kesihatan di Bentong, iaitu KK Bentong, KK Simpang Pelangai, KK Felda Lurah Bilut, KK Karak, KK Felda Mempaga, KK Telemong dan KK Felda Chemomoi. Klinik kesihatan memudahkan tugas kakitangan hospital kerana telah dibantu dan disaring oleh petugas di klinik kesihatan. Bagi masyarakat pula,klinik kesihatan memberi kemudahan kerana tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk ke hospital. Bentong agak besar dan penempatan penduduknya berserakan. Penduduk lebih ramai tinggal di kawasan pedalaman berbanding pusat bandar.
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Pengasingan bahan terbuang. Apa yang perlu diasingkan? Bermula 1 September 2016, kediaman di sesetengah negeri, termasuk di Bentong, telah diarah untuk mengasingkan bahan terbuang kepada kategori berbeza sebagai menyokong usaha kitar semula. Ini adalah jawapan kepada pelbagai soalan yang diajukan dan tip tentang cara terbaik untuk membantu mengurangkan impak negatif kepada bumi. Peraturan umum adalah semua produk kering perlu diasingkan daripada bahan terbuang yang basah dan kotor. Sisa pepejal yang diasingkan perlu dimasukkan ke dalam tiga plastik beg yang berbeza adalah kertas, kaca dan aluminium. Jadual pungutan untuk sisa pepejal adalah sekali seminggu manakal pungutan untuk barangan kitar semula dua kali seminggu.