Daerah Bentong juga mempunyai banyak kawasan menarik dan  perlancongan untuk dilawati, antaranya :-

Hutan Lipur Chamang, terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Bentong. Kawasan air terjun yang luas dan bertingkat-tingkat ini mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik. Airnya dingin tetapi tidak digalakkan mandi-manda kerana batu-batunya licin. Kawasan air terjun di sini dianggap berbahaya kerana kedudukannya yang tinggi dan aliran airnya yang deras.

 

Di bahagian bawah air terjun ini terdapat sebuah kolam yang agak luas dan tidak begitu dalam. Di sini terdapat batu-batu kecil pelbagai bentuk dan warna. Asal usul nama Chamang dikatakan berasal daripada nama seorang orang Asli yang tinggal di tempat itu pada suatu ketika dahulu iaitu Luek Chamang.

 

Di bandar Bentong bukan sahaja mempunyai kawasan air terjun yang menarik..namun terdapat juga kawasan Kolam Air Panas Bentong yang terletak di tepi laluan lama ke persekutuan Jalan Kuala Lumpur dalam daerah BentongPahang. Menggunakan Lebuhraya Kuala lumpur ke Karak, pemandu perlu mengambil persimpangan keluar pertama yang memasuki Bentong selepas keluar dari tol Bentong. Tiba di hujung simpang, pemandu perlu belok ke kiri dan memandu sejauh kira-kira 9.8km untuk tiba ke kolam air panas ini. Sekiranya pengunjung datang daripada arah bandar Bentong, Kolam Air Panas Bentong terletak kira-kira 18km dari bandar Bentong menghala ke jalan lame ke Kuala Lumpur dan Janda Baik.

Kolam Air Panas Bentong mempunyai beberapa kolam yang besar, ada yang dalam ada yang tohor. Kolam yang dalam untuk orang dewasa dan yang tohor untuk kanak-kanak. Air kolam yang tohor tidaklah panas sangat, kata orang suam-suam suku. Tetapi kolam yang dalam memang panas dan kadang-kadang pengunjung dapat melihat haba berasap-asap pada permukaan air dan buih-buih air kerana haba dari bawah tanah keluar ke permukaan air. 

 

Kolam Air Panas Bentong terdapat beberapa kolam yang besar, ada yang dalam ada yang tohor. Kolam yang dalam untuk orang dewasa dan yang tohor untuk kanak-kanak. Air kolam yang tohor tidaklah panas sangat, kata orang suam-suam suku. Tetapi kolam yang dalam memang panas dan kadang-kadang pengunjung dapat melihat buih-buih air kerana haba dari bawah tanah keluar ke permukaan air. 

Dahulunya, Kolam Air Panas Bentong tidak mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung yang datang kerana lokasi Kolam Air Panas ini berada jauh dari kawasan bandar dan laluannya agak sunyi. Sebab itulah kawasan ini tidak ramai pengunjung cuma beberapa orang sahaja yang datang. Kebanyakkan pengunjung yang datang ke kawasan ini untuk menyembuhkan sakit kulit kerana kata orang kolam air panas semulajadi boleh membantu menyembuhkan penyakit seperti kulit gatal, panau, kurap, kayap dan sopak. Pada mereka yang baru menjalani proses bekam juga bagus berendam di kolam air panas kerana dapat membantu mempercepatkan menghilangkan kesan lebam akibat bekam pada badan.

 

 

Tarikan terbaru di Bentong adalah Rumah Terbalik Bentong yang terletak di Desa Pertiwi, iaitu terletak sejauh 6km dari Bandar Bentong. Ia dibuka setiap hari, kecuali Khamis. Idea untuk membuka perniaagaan ini tercetus selepas pemiliknya melawat Rumah Terbalik di Pulau Pinang. Bangunan rumah kedai tiga tingkat ini dibahagikan kepada tiga tema untuk setiap tingkat, iaitu tema 70'an untuk tingkat satu, tema moden untuk tingkat dua dan tema kekeluargaan di tingkat tiga. Pemiliknya merupakan anak jati Bentong. Caj yang dikenakan juga amat berpatutan, iaitu RM20.00 bagi dewasa, RM15.00 bagi pelajar beruniform dan RM12.00 bagi kanak-kanak dan warga emas. Terdapat juga pakej keluarga yang bernilai RM53.00 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah di beri masuk secara percuma. Manakala bagi yang datang secara berkumpulan lebih dari sepuluh orang, di beri satu tiket percuma. Waktu operasi adalah dari jam 10.00 pagi hingga jam 7.00 petang. Rumah Terbalik Bentong mula dibuka pada September 2016 dan mula menarik minat pelancong dari luar Pahang.