Hari Wesak, Waisak atau Vesak atau Vaiśakha merupakan hari terpenting diraikan penganut agama Buddha memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha dalam peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara. Perayaan ini disambut luas serata Asia Selatan, Tenggara dan Timur antara bulan April hingga selewat Jun, tetapi khususnya pada bulan Mei
Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil atau vihara Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha; mereka mengibarkan panji agama yang melambangkan ajaran pegangan mereka serta mengalunkan nyanyian mengukuhkan Tiga Permata yang menjadi tiang rukun anutan mereka yakni Buddha, Dhamma dan Sangha. Para pengunjung mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan di kaki patung-patung Guru Agung mereka; barangan bunga yang cepat layu sepertimana cepat terbakarnya lilin dan colok melambangkan pendeknya usia hayat manusia yang mesti diingati.
Para sami membaca kitab Sutra. Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.
Gamelan adalah himpunan alat muzik (ensembel) yang terdiri daripada alat muzik membranofon seperti gendang, idiofon berbentuk bilah dan pencon, aerofon seperti seruling, dan kordofon seperti rebab dan zither. Gamelan berasal dari Indonesia dan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan Gamelan berasal dari perkataan Bahasa Jawa, yang boleh merujuk kepada jenis Mallet yang digunakan untuk memukul instrumen atau perbuatan yang menarik dengan Mallet. Istilah karawitan merujuk kepada klasik Gamelan muzik dan amalan prestasi, dan datang dari perkataan rawit, bermakna ' rumit ' atau ' halus bekerja '. Perkataan ini berasal dari perkataan Jawa, 'rawit', yang merujuk kepada rasa kelancaran dan keanggunan ideilan dalam muzik Jawa. Satu lagi perkataan dari akar ini, pangrawit, ertinya seseorang dengan perasaan itu, dan digunakan sebagai gelaran apabila membincangkan yang dihormati Gamelan pemuzik. Perkataan Jawa tinggi untuk Gamelan ialah Gangsa, dibentuk sama ada dari perkataan tembaga dan rejasa merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan gangsa Gamelan (tembaga dan tin), atau tiga dan sedasa merujuk kepada perkadaran mereka (tiga dan sepuluh).
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun pada 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Istilah "Gamelan Melayu" sering disalahfahami sebagai perampasan budaya gamelan daripada Jawa, Indonesia. Namun, nama "melayu" yang ditambahkan adalah kerana perbezaan yang ketara pada alat Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa. Gamelan Melayu mempunyai skala anhemitonik pentatonik, cara permainan tersendiri serta penggunaannya yang khas di Istana pada zaman dahulu. Berbanding dengan Gamelan Jawa yang dilestarikan oleh penduduk setempat sebagai alat penceritaan dan muzik rakyat, perayaan menuai dan sebagainya.
Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta juga Kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis hare, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.
Tarian Lilin atau Tari Lilin adalah sebuah tarian tradisional yang berasal dari Sumatra Barat, Indonesia. Tari Lilin ini biasanya ditampilkan oleh sekelompok penari perempuan maupun berpasangan yang membawa lilin dan dengan diiringi oleh muzik yang dibawakan oleh sekelompok musisi. Para penari ini akan membawa lilin yang menyala pada piring kecil yang dipegang pada kedua telapak tangan mereka. Penari ini akan menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.
Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta. Semasa peninggalan tunangnya itu gadis telah kehilangan cincin pertunangan. Gadis tersebut mencari-cari cincin hingga larut malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan pada piring. Gerakan badan yang meliuk, membongkok, mengadah (berdoa) melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis-gadis kampung itu.
Tarian lilin merupakan sejenis kesenian Istana dan ditarikan pada waktu malam bagi menimbulkan nyalaan lilin tersebut. Ini kerana tarian lilin memerlukan penarinya giat berlatih agar dapat mengawal pergerakan dengan lilin yang menyala tanpa kemalangan.,semangat
Wayang kulit ialah seni tradisional yang berasal dari tanah Jawa, Indonesia. Wayang ialah istilah bahasa Jawa yang bermakna "bayangan". Hal ini disebabkan karena penonton juga bisa menonton wayang dari belakang kelir atau hanya bayangannya saja. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong) agar para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Wayang kulit telah diakui oleh UNESCO pada tanggal 7 November 2003 (setelahnya 2008), sebagai karya kebudayaan yang mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga (Bahasa Inggeris: Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity) daripada Indonesia.] Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih lazim dimainkan di Jawa Barat.
Perkataan "wayang" merupakan pinjaman bahasa Jawa yang kata warisan (doublet) seakar perkataan "bayang", ia pada asalnya bermaksud "patung"
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Di Malaysia, terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini boleh ditemui di Semenanjung Tanah Melayu.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Suku Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabharata dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.
Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu. Ia menggunakan bahasa Jawa.
Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.
Di Malaysia ada terdapat empat jenis wayang kulit kesemuanya iaitu wayang kulit kelantan, wayang kulit melayu, wayang kulit gedek dan wayang kulit purwa.
- Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai. se orang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan. Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam
- Wayang Melayu - Wayang kulit melayu ini di mainkan oleh masyarakat di Kelantan, Terengganu, Kedahdan Patani. Cerita yang di lakonkan juga adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, yang terbanyak sekali adalah dari hikayat Panji. Patung wayang kulit jenis ini lebih mirip kepada patung wayang purwa tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian menjadi hampir kepada patung wayang gedog.
- Wayang Gedek - Wayang ini biasanya di mainkan oleh Orang Siam. Di negeri Kedah, wayang gedek ini di mainkan oleh Orang Melayudengan memakai loghat utara. Cerita-cerita yang selalu dibawanya ialah cerita2 yang bercampur dari hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Kalau zaman dahulu ada juga di mainkan cerita dalam hikayat ramayana seperti Phra lak. Patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakannya mempunyai pandangan muka pada posisi depan.
- Wayang Purwa - Wayang purwa ini biasanya di mainkan oleh Orang Malaysiaberketurunan Jawa di Johor dan Selangor. Cerita yang di lakonkan ialah dari epik Mahabharata danjuga epik Ramayana. Alat2 muzik yang mengiringi permainan wayang purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro.
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil. Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak.