Bentong bakal dijadikan destinasi pelancongan pilihan utama dalam kalangan pelancong China kerana tarikan budaya masyarakat Cina di kawasan itu yang masih terpelihara selain terkenal dengan durian ‘Musang King’. Bentong mempunyai banyak sumber pelancongan semulajadi yang menarik. Ia akan menjadi mercu tanda popular di bawah inisiatif ‘One Belt One Road’ China yang mana pelancong China beramai-ramai datang ke sini kerana ingin menikmati durian, makanan tempatan dan inap desa. Dengan mengeksport durian dan produk lain ke China, rakyat tempatan akan turut mendapat  manfaat. Festival Durian Antarabangsa akan menjadi acara tahunan baharu dalam kalendar pelancongan Bentong ekoran sambutan luar biasa pada penganjuran kali pertamanya. Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata durian khususnya Musang King mempunyai peminat tersendiri, termasuk pelancong asing sehingga mereka sanggup berhabis untuk menikmatinya pada musim luruh. Malah pelancong China juga sanggup datang ke Bentong untuk menikmati Musang King.

Genting Highland merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Anda boleh menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik. Tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Selain itu, terdapat kereta kabel, padang golf dan pusat beli belah yang tersohor. Terdapat juga pelbagai konsert dan acara permainan yang dipersenbahkan oleh artis luar negara. Namun, tarikan terbaru adalah Genting Highland Premium Outlet, sebuah tempat membeli-belah barangan berjenama dengan harga yang lebih murah dan dekat.

Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Ia merupakan jajaran banjaran Titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang, iaitu di kawasan air terjun yang popular di Bentong. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah. Pendakian mengambil jarak sebanyak 16km dan memakan masa selama enam hingga tujuh jam. Pendakian di Gunung Rajah lebih sukar dibandingkan dengan Bukit Raka. Boleh dikatakan Bukit Raka sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki manakala Gunung Rajah lebih sesuai untuk yang telah lama menceburi bidang ini.

Dusun Eco Resort bertemakan Eco- Tourism. Nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Pahang. Dusun Eco Resort terletak di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan hujan Sungai Poh, Bentong, Pahang. Kehijauan dan keindahan alam semulajadinya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti dengan harga yang berpatutan. Hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur / Karak. Pengalaman berekreasi di tengah-tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan. Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan atau rasai kesejukan air bukit yang disalur terus ke kolam mandi yang disediakan. Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan yang penuh kegelapan. Dusun Eco Resort menyediakan aktiviti-aktiviti yang akan membantu membangunkan peserta dari segi mental dan fizikal seperti Flying Fox, Rentas Halangan, Jungle Trekking dan Rock Climbing.

Di Bentong, terdapat pasar tani dan pasar malam pada setiap hari. Ini sangat memudahkan komuniti untuk mencari bahan mentah dan lauk basah. Selain itu, pasar juga menjadi tempat meluangkan masa bersama keluarga sama ada pada hari cuti atau hari bekerja. Harga yang murah dan tempat meletak kenderaan yang luas memudahkan pengunjung untuk memilih dan bersantai sambil membeli-belah. Antara pasar yang terdapat di Bentong adalah :


BIL


PASAR MALAM


HARI


MASA

1.

 
Pasar Minggu Bentong, Jalan Chui Yin

Ahad

7.00 pagi - 12.00 tengahari

2.

 Pasar Malam Karak

Ahad

4.00 petang - 10.00 malam

3.

 Pasar Tani Bandar Bentong

Isnin

7.00 pagi - 12.00 tengahari

4.

 Pasar Malam Taman Gemilang

Selasa

4.00 petang - 10.00 malam

5.

 Pasar Malam Bukit Tinggi

Selasa

4.00 petang - 10.00 malam

6.

 Pasar Malam Desa Damai

Rabu

4.00 petang - 10.00 malam

7.

 Pasar Tani Medan Selera, Kg. Baru

Khamis

4.00 petang - 10.00 malam

8.

 Pasar malam Taman harmoni

Isnin

4.00 petang - 10.00 malam

9.

 Pasar Tani Bandar Bentong

Isnin

7.00 pagi – 12 tengahari

10.

Pasar Tani Benus

Jumaat

4.00 petang – 7.00 malam

11

Pasar Malam Mempaga

Sabtu

4.00 petang – 10.00 malam