Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

  1. Tahun Baru Cina

Sambutan perayaan kaum Cina paling popular di Malaysia. Ia disambut selama 15 hari bagai meraikan kedatangan tahun baru menurut kalnedar mereka. Pada malam tahun baru,semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama. Perayaan ini sinonim dengan makanan seperti yee sang,kuih bulan dan limau mandarin.Wang angpau akan diberikan kepada semua peringkat umur selagi belum berkahwin.

  1. Pesta Tanglung

Juga di panggil Chap Goh Mei yang dikatakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Pesta tanglung merupakan malam pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Mengikut adat kaum Cina, tanglung dan mercun dibakar bagi menghalau makhluk jahat yang kejam.

  1. Perayaan Kuih Bulan

Disambut pada hari ke 15 Tahun Baru Cina. Sebagai symbol kemenangan kerana dapat mengalahkan kerajaan Mongol.

  1. Pesta Perahu Naga

Disambut pada hari kelima Tahun Baru Cina. Sebagai symbol semangat. Pelbagai corak,warna dan bentuk naga di cat pada badan perahu.

  1. Winter Solstice

Disambut pada 22 Disember pada setiap tahun.

Citrawarna adalah program promosi pelancongan yang memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia. Citrawarna dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pihak lain. Program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun pada bulan Mei setiap tahun, sebelum cuti pertengahan tahun. Hotel-hotel dan restoran akan mengadakan majlis tersendiri seperti masakan tempatan dengan citarasa mengikut negeri.

Program ini menyamai perarakan Rosa Pasadena, Amerika Syarikat dan banyak tempat lain di dunia. Setiap tahun ada tema yang tersendiri. Sejak 1999, program pelancongan bertema kebudayaan ini diadakkan bagi membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan warna-warni.

Sebelum ini Citrawarna dinamakan sebagai 'Pesta Malaysia'. KKKPM telah mnganjurkan Pesta Malaysia sejak 1987, Pesta Makanan dan Buah-buahan (1988), Tahun Melawat Malaysia Pertama (1990), Pesta Malaysia (iaitu semasa Tahun Melawat Malaysia Kedua pada 1994), Citrawarna Malaysia bersama “Malaysia Truly Asia” (1999), Kempen Pelancongan domestik (Cuti-Cuti Malaysia) 1999, Pesta Air Nasional (2000) dan Rumah Terbuka Malaysia (2001).

Dianggarkan penganjuran Citrawarna Malaysia, Pesta Air dan Rumah Terbuka Malaysia menelan belanja antara RM1 juta hingga RM3 juta. Misalnya, Utusan Malaysia (3 Oktober 1999) melaporkan sebanyak RM3 juta wang awam dibelanjakan untuk menganjurkan Citrawarna Malaysia pada tahun 1999. Sesetengah pesta itu menelan belanja lebih besar daripada angka tersebut.

Pesta kebudayaan yang pertama di peringkat nasional boleh ditandai oleh penganjuran Pesta Seni Kebudayaan pada tahun 1956 di Kuala Lumpur.Hampir 200,000 penonton hadir. Pesta ini diusahakan Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Acara yang dipersembahkan ketika itu ialah Tarian ZapinRonggeng ,Tarian AsyikMakyong dan Tarian Mak Inang

Hari Krismas atau Hari Natal ialah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian disambut setiap tahun memperingati kelahiran Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa dilakukan Adam yakni "dosa asal" (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan banyak aliran dan mazhab gereja setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja OrtodoksGereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain termasuk aliran tertentu di negara MesirHabsyah , Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan pengikutan sistem takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregorius).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismaslampu hiasan, daun mistletoeholi atau lakonan semula kelahiran Yesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri TerengganuMalaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendanggongbiola dan akordian 

Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.

"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".

Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Kostum penari Ulek Mayang mempunyai dua jenis pakaian, enam dari tujuh penari wanita biasanya akan mengenakan pakaian tradisional seperti songket lengan panjang (baju daripada bahan sutera), selendang (selendang panjang) yang dipakai di pinggang, sanggul (alat perhiasan di rambut), subang (perhiasan di telinga) dan kain songket panjang di bahagian bawah badan serta beberapa aksesori lain. Watak utama penari yang bermain sebagai Tuan Puteri atau Puteri Tujuh akan menggunakan pakaian dan aksesori yang sama seperti enam penari yang lainnya tetapi yang berbeza adalah dia akan memakai baju songket berlengan pendek dan warna bajunya juga adalah berbeza. Biasanya dia akan memakai baju berwarna kuning. Ini untuk menggambarkan bahawa dia adalah puteri utama penari. Sementara para penari lelaki mereka akan memakai baju tradisional lelaki Melayu seperti Baju Melayu (baju traditional lelaki Melayu).

Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini. Lagu ini dinyanyikan dalam Bahasa Terengganu dengan Bahasa Melayu