Sebuah pusat perkelahan dibuka di jalan lama Bentong. Ia bermula apabila seorang pesara berminat dengan alam semulajadi. Beliau rajin untuk membina pondok dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti bangku, pondok, tandas, dan pangkin untuk sesiapa yang sudi singgah. Tempat tersebut dihias indah dan dijaga dengan baik dan ternyata sangat bersih. Sungai dan kehijauan tumbuhan sangat memikat hati sesiapa sahaja untuk berhenti, berehat dan mandi-manda di situ. Pengunjung boleh membawa makanan, dan juga boleh memasak kerana disediakan segala kelengkapan. Ramai yang mula mengadakan hari keluarga untuk syarikat dan untuk keluarga di situ. Keranan kos yang lebih rendah, dan tidak perlu memandu jauh.

Terdapat lima buah resort dan kafe dibawah jenama Tanah Aina, iaitu Tanah Aina Farrah Soraya, Tanah Aina Fareena, Tanah Aina Fahad, Tanah Aina Farouq,dan Tanah Aina Farhana. Tanah Aina Farrah Soraya, Tanah Aina Farouq dan Tanah Aina Fahad terletak di Raub,Pahang, Tanah Aina Fareena terletak di Bentong, Pahang, manakala Tanah Aina Farhana terletak di Pengerang, Johor. Tanah Aina merupakan sebuah resort berkonsepkan alam semulajadi. Tempat penginapannya terletak jauh ke dalam hutan. Jauh dari hiruk-pikuk manusia dan kesesakan bandar. Tanah Aina mula membuka Tanah Aina bermula tahun 2011 di Bentong. Setiap resort dilengkapi restoran yang menyediakan makanan yang sedap, menyediakan perkhidmatan agen untuk membawa pengunjung untuk mencari buah-buahan, mendaki bukit dan meneroka hutan. Pengunjung juga boleh mandi sungai kerana setiap resort mempunyai sungai. Bangunan yang dibina juga lebih banyak berasaskn kayu berbanding simen untuk menjaga dan menghormati faktor semulajadi. Hal ini membuat pengunjung lebih dekat dengan alam. Bukan sahaja terdapat dusun buah-buahan, disini juga terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Selain itu, bahan pencuci seperti syampu dan cecair pencuci badan dihasilkan dengan bahan semula jadi. Kesemua langkah ini diambil demi menjaga alam. Makanan yang disediakan juga terdiri dari alam semulajadi. Terdapat masakan tradisional dan juga moden.

Janda Baik sememangnya terkenal dengan kawasan persekitaran yang sangat nyaman dan tenang kerana lokasinya yang terletak berhampiran kaki bukit. Bagi mereka yang inginkan percutian dalam suasana yang tenang dan mendamaikan, di sini merupakan lokasi terbaik untuk anda kunjungi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah di tepi sungai, mandi-manda, berbasikal di sekeliling kampung, menaiki ATV (All Terrain Vehicle), team building dan berkhemah. Berada disini akan membuat pengunjung berasa seperti menghabiskan masa di kampung sendiri.

Bukit Tinggi merupakan salah satu tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Salah satu tarikan utama tempat ini ialah suasana sejuk dan udara yang nyaman. Tempat yang menarik di Bukit Tinggi Pahang ini ialah fasiliti, aktiviti dan tempat rekreasi yang disediakan oleh Berjaya Hills Resort. Caj tiket untuk masuk ke sini adalah RM13.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak. Antara tarikan di Bukit Tinggi ialah Colmar Tropical Berjaya Hills, Japanese Village, Animal Park, Horse Trail dan Botanical Garden. Tarikan paling uatama adalah struktur pembinaan bangunannya yang berkonsep Eropah yang mana jarang ditemui di tempat peranginan lain di Malaysia.

Bentong Happy Farm merupakan tarikan terbaru yang menyediakan aktiviti luar yang dekat dengan alam semulajadi dan haiwan. Ia menempatkan tumbuhan dan haiwan dalam satu kawasan dan pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti sihat seperti berkayak, mendaki bukit, membuat unggun api, dan berakit. Haiwan yang terdapat disana adalah seperti ayam, itik dan kambing. Aktiviti pengunjung menanam tumbuhan di namakan sebagai Farmer Day.